“Mantap, Terima Kasih Malaysia.” – Tentera Lubnan Puji Keenakan Nasi Lemak Raih Perhatian Netizen

Di Malaysia, terdapat banyak makanan tempatan yang menjadi simbol negara ini. Antara yang menjadi pilihan pelancong untuk mencuba, malah turut sentiasa menjadi kegemaran rakyat adalah nasi lemak.

Kadang-kala kalau tak makan nasi lemak sekurang-kurangnya seminggu sekali memang rasa tak ngam lah.

Cerita pengalaman sewaktu bertugas di Lubnan

Menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini, seorang tentera Lubnan telah memuji keenakan nasi lemak yang disediakan buatnya dan rakan tentera yang lain.

Perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna, Hasma Hassan di grup Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Harini Official’ menceritakan pengalamannya sewaktu bertugas di Lubnan sebagai chief tentera dalam misi pengaman.

Kelihatan di video tersebut tentera itu telah mencuba hidangan nasi lemak bersama dengan ayam berempah dan rendang daging.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah kesungguhannya menceritakan keenakan dan kelainan yang didapati dalam penyediaan makanan tersebut termasuklah nasi yang dimasak dengan santan dan rempah yang digunakan.

Dia turut tidak melepaskan peluang dan berulang kali memuji keenakan masakan tempatan itu.

“Saya sedang mencuba makanan tradisional Malaysia. Seperti yang dapat anda lihat disini terdapat daging, ayam, timun dan nasi yang agak berbeza kerana dimasak bersama santan. Sangat sedap, jadi penilaian saya untuk hidangan ini adalah mantap mantap. Terima kasih Malaysia.”

Meninjau ke ruangan komen, netizen telah memberikan respon yang berbeza-beza. Malah ada juga yang berseloroh mengenai kebolehannya bertutur dalam bahasa Melayu selepas memakan nasi lemak.

‘Baru makan nasi lemak dah pandai cakap melayu” – Netizen

Malaysia syurga makanan

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

14 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

15 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

15 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

15 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

15 hours ago