Pelawak Terkenal Ditahan Reman Bantu Kes Pemerdagangan Manusia

Seorang pelawak terkenal tanah air telah ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada hari ahad bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks.

Menerusi laporan Sinar Harian, pelawak berusia 40-an ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan pada jam 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas mereka menjalankan risikan.

Berjaya selamatkan seorang wanita

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata dalam serbuan itu polis juga berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda.

“Turut dirampas dalam serbuan tersebut ialah sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkusan kondom, sejumlah wang tunai dan empat buah telefon bimbit,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Menurut Amran Mohd Ghani, Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan

Suspek direman 4 hari, turut dikompaun sebab rentas negeri

Menerusi laporan mStar, pelawak berkenaan yang sebelum ini pernah bergelar naib Juara bagi program Maharaja Lawak Mega (MLM) akan direman selama 4 sehingga hari khamis di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Mangsa yang diselamatkan pula kini telah mendapat perlindungan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

Suspek dalam masa sama turut dikompaun kerana merentas negeri tanpa kebenaran.

“Suspek direman selama empat hari manakala mangsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

“Suspek juga dikenakan kompaun bagi kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang itu,” katanya lagi.

Bekas Naib Juara Maharaja Lawak

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

60 mins ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

3 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

3 hours ago