fbpx
Now Reading
Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat Ditangguh Ke 3 Oktober

Pembukaan Sekolah Secara Berperingkat Ditangguh Ke 3 Oktober

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekitar Julai lalu telah mengumumkan yang sesi persekolahan akan kemabali dilaksanakan mulai 1 September secara berperingkat.

Namun keputusan itu tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memantau sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.

Terbaharu, Menteri Kanan Pendidikan , Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan sesi tersebut akan ditangguhkan kepada 3 Oktober.

Beliau yang tampil menerusi satu video di Facebook beliau dan turut dikongsikan di Facebook rasmi KPM menjelaskan keputusan menangguhkan sesi pembukaan tersebut dilakukan kementeriannya selepas meneliti situasi perkembangan semasa membabitkan penularan Covid-19 di seluruh negara.

Selain itu ia juga diambil selepas mengambil kira faktor keselamatan para pelajar selain kebimbangan yang disuarakan ibu bapa.

“Berdasarkan penelitan semasa, Kementerian Pendidikan telah buat ketetapan bahawa pembukaan semula sekolah dilewatkan sedikit ke tarikh 3 Oktober 2021

“Perincian pembukaan sekolah mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan diperincikan dan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Sekolah tidak akan dibuka untuk negeri Fasa 1

“Namun, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), tidak ada sekolah yang akan dibuka untuk negeri Fasa 1 PPN.

“Saya amat berharap penjelasan ini dapat meredakan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa tentang pembukaan semula sekolah,” kata Radzi.

Sekolah di negeri Fasa 2 hanya untuk murid kelas peperiksaan.

Tambah beliau lagi bagi negeri di Fasa 2 pula, sekolah hanya dibuka untuk murid yang akan menjalani peperiksaaan iaitu pelajar tingkatan 5 dan 6 manakala sekolah di negeri Fasa 3 akan dibenarkan untuk semua murid-murid lain termasuk murid kelas peperiksaan.

“Bagi negeri-negeri Fasa 2 pula, sekolah dibenarkan buka bagi murid kelas peperiksaan sahaja.

“Negeri Fasa 3 pula, sekolah dibenarkan buka bagi murid kelas peperiksaan dan murid-murid lain,” katanya lagi.

Namun tambah beliau, pembukaan sekolah bagi fasa 2 dan fasa 3 hanya dibenarkan selepas penilaian risiko penularan wabak di negeri berkenaan. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.