Palestin Bantu Israel, Kebakaran Hutan Di Baitulmuqaddis Kini Sudah Terkawal

Kebakaran hutan terbesar di barat Baitulmaqdis dalam tempoh beberapa tahun yang berlaku sejak Ahad lalu akhirnya berjaya dikawal.

Menurut laporan Al Arabiya, perkara tersebut diumumkan Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Israel , Dedi Simchi selepas 3 hari operasi memadamkan kebakaran yang yang telah memusnahkan kawasan seluas 2,500 hektar dengan melibatkan 1500 anggota bomba dari 100 unit bersama pesawat pengebom air.

Faktor angin yang kuat sehingga mempercepatkan kemarakan api sebelum ini memaksa ribuan penduduk di beberapa buah kampung di pinggir Baitulmaqdis yang dijajah Israel dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Malah api dikatakan turut merebak di hutan berhampiran Masjid Al-Aqsa menyebabkan kota suci itu turut diselubungi asap tebal dan mula merasai bahang kebakaran.

Namun pujian juga harusnya diberikan kepada anggota bomba dari Palestin yang turut membantu memadamkan kebakaran berkenaan selepas mendapat arahan dari Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Meskipun hanya melibatkan 20 anggota penyelamat dan 4 jentera kehadiran mereka disana sedikit sebanyak pasti membantu memudahkan usaha mengawal bencana berkenaan.

Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz kemudiannya menzahirkan rasa terima kasihnya kepada Mahmoud Abbas di atas inisiatifnya untuk membantu rejim berkenaan.

“Saya berterima kasih kepada Presiden, Mahmoud Abbas atas inisiatifnya mengerahkan pasukan bomba Palestin untuk membantu Israel hari ini. Saling menjaga dan menyelamatkan nyawa adalah kepentingan bersama,” ciapnya di Twitter

Rejim Tel Aviv itu sebelum ini telah memohon bantuan sekutu-sekutu antarabangsa dalam usaha mereka mengawal kebakaran berkenaan.

Greece dan Cyprus kemudian menyatakan kesediaannya untuk membantu rejim tersebut dengan menghantar pesawat pemadam kebakaran ke Israel.

Recent Posts

  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

33 mins ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

3 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

17 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

1 day ago