Lelaki Reka Cerita Keluarga Maut Akibat Covid-19 Dipenjara 3 Tahun, Denda & Sebat

Padah menjaja dan mereka cerita bahawa ramai ahli keluaganya maut akibat covid-19, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, denda RM16,000 dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi.

Dia yang merupakan penyelia kontrak sebuah syarikat GLC di Kompleks Bersepadu Pengerang dijatuhkan hukuman tersebut  selepas mengaku bersalah memperdaya rakan sekerja bagi mendapatkan sumbangan pada 3 September lalu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurmadiana Mamat.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Zahazan Zainon, 45, pada 520 petang 3 September didapati menipu rakan sekerja dengan cara memperdaya dengan mengatakan bahawa ahli keluarganya meninggal dunia akibat Covid-19 bagi mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM7,857 ke akaun bank tertuduh sebagai sumbangan derma.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa memperdaya seorang lagi rakan sekerjanya pada 6.34 petang hari yang sama juga di lokasi yang sama menggunakan cara sama sehingga mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM500 ke akaun bank tertuduh sebagai sumbangan derma.

Kedua-kedua kesalahan ini dilakukan tertuduh di Pejabat Bahagian Keselamatan Kompleks Bersepadu Pengerang, Kota Tinggi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh tidak kurang dari setahun dan tidak lebih sepuluh tahun dan boleh dikenakan denda.

Majistret bagaimanapun kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dari tarikh tangkapan, denda sebanyak RM15,000 dan satu sebatan untuk kesalahan pertuduhan pertama. Jika gagal membayar denda tertuduh boleh dipenjara lima bulan.ka tidak bayar penjara lima bulan dan satu sebatan terhadap kesalahan pertuduhan pertama.

Bagi pertuduhan kedua pula, mahkamah menjatuhkan hukuman setahun penjara dari tarikh tangkapan, denda RM1,000 dan satu sebatan dan akan berdepan pejara sebulan jika gagal membayar denda.

Kedua-dua hukuman penjara difahamkan berjalan serentak.

Terdahulu, lelaki ini ditahan pihak berkuasa selepas dia disyaki menyebarkan dan menjaja berita palsu kononnya dia kehilangan 14 ahli keluarga akibat Covid-19 didapati meraih sumbangan sejumlah RM91,000.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

1 hour ago
  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

2 hours ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago