fbpx
Now Reading
Padah Reka Cerita 14 Ahli Keluarga Jadi Korban Covid-19 , Staf Kontraktor Petronas Ditahan Polis

Padah Reka Cerita 14 Ahli Keluarga Jadi Korban Covid-19 , Staf Kontraktor Petronas Ditahan Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial kisah ‘menghayat hati’ seorang lelaki yang bertugas di Petronas di Pengerang yang kehilangan seramai 14 insan kesayangan termasuk isteri dan lapan anak akibat jangkitan Covid-19.

Menerusi perkongsian tersebut yang tular di aplikasi Whatsap dan Facebook, dia suadh mula berdepan ujian berat selepas satu persatu ahli keluarganya meninggal dunia dari Jun hinggalah ke September yang lalu.

Info berkenaan kemudian turut disusuli dengan permintaan agar orang ramai menyalurkan sumbangan ikhlas kepada lelaki itu bagi meringankan bebannya.

Tersentuh dan peka dengan isu tersebut, ada di dikalangan warganet kemudian bertindak menyalurkan sumbangan ke akaun bank dikongsi, malah ada dakwaaan yang mengatakan mereka turut mengadakan majlis bacaan yasin secara online sebagai memperingati korban-korban tersebut.

Namun selepas penularan info tersebut, tular dakwaan yang mengatakan ada keraguan dengan info yang dikongsikan malah ada yang mendakwa lelaki tersebut hanyalah menipu walhal tiada langsung kematian membabitkan ahlir keluarganya.

Perkongsian-perkongsian tersebut menaikkan kemarahan netizen yang menyifatkan dia begitu kejam kerana sanggup mereka cerita seolah mendoakan kematian ahli keluarga terumata anak dan isterinya.

Petronas nafikan dan maklumkan individu tersebut sudah ditahan

Terbaru, Petronas tampil menafikan dakwaan tersebut sekaligus mengesahkan berita berkenaan adalah palsu.

Jelas Petronas lagi, individu berkenaan sudahpun ditahan pihak berkuasa ekoran dari kenyataan palsu yang dibuatnya berhubung perkara tersebut.

“Kami ingin mengesahkan yang seorang pekerja kontraktor di Kompleks Bersepadu Pengerang telah ditahan pihak berkuasa kerana didakwa membuat kenyataan palsu tentang kematian ahli keluarganya disebabkan Covid-19, yang mana dia turut didakwa telah menerima sumbangan darinya.

Petronas beri kerjasama sepenuhnya

“Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan yang dijalankan.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa kami tidak menyokong salah laku tersebut oleh mana-mana pekerja dan kontraktor kami, yang semuanya terikat dengan tatacara dan etika perniagaan. yang ketat (CoBE) semasa berkhidmat untuk Petronas dan Kumpulan Syarikatnya” jelas kenyataan tersebut.

Perkara tersebut turut dikongsikan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail menerusi ciapan di Twitternya.

“Selepas mendapat laporan penuh dari Pegawai Daerah, pihak atasan telah menasihatkan Petronas untuk mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini” titah Tunku Ismail menerusi akaun Twitter-nya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.