Lelaki Serang ‘Pak Guard’ Di Ipoh Disember Lalu Kini Didakwa Atas Tuduhan Membunuh

Jika anda ingat sekitar bulan lalu tular di media sosial satu rakaman satu kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan seorang lelaki menyerang seorang pengawal keselamatan di kolam renang sebuah kondominium di Ipoh ekoran salah faham diantara kedua mereka.

Video kejadian yang berlaku pada penghujung tahun lalu itu difahamkan tular selepas mangsa dilaporkan meninggal dunia dan keluarga mahukan kematian mangsa mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Tangkap layar video yang tular

Difahamkan lelaki tersebut Ahmad Noor Azhar, 33 seorang ahli perniagaan sebenarnya sudahpun didakwa di bawah Seksyen 335 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera parah atas bangkitan marah pada 6 Januari lalu, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah pinda pertuduhan, dari menyebabkan keceraaan kepada membunuh

Namun terbaharu, hari ini Mahkamah Majistret Ipoh meminda pertuduhan daripada menyebabkan kecederaan parah kepada membunuh ekorand ari kematian mangsa.

Namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Mengikut kertas pertuduhan, Azhar didakwa membunuh S Thava Sagayam, 64 tahun, di tingkat 7, Menara Majestic, Jalan CM Yusuff di sini, antara pukul 8 dan 9.30 pagi, 29 Disember, 2020, lapor Sinar Harian.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada 27 Ogos lalu selepas lebih 8 bulan menderita di atas katil.

Polis mula siasatan sebaik mangsa dilaporkan meninggal dunia

Dalam pada itu, Ketua Polis Perak, Dato Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid menerusi satu kenyataan memaklumkan PDRM telah menjalankan satu siasatan konklusif dan komrehensif di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan (kesalahan membunuh orang) sebaik sahaja pengawal keselamatan tersebut dilaporkan meninggal dunia pada 27 Ogos 2021 lalu.

Setelah pihak polis menglasifikasikan semula kes di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, Jabatan Peguam Negara telah bersetuju meminda pertuduhan dan tertuduh dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan pindaan daripada seksyen 355 Kanun Keseksaan kepada 302 Kanun Keseksaan.

Beliau mewakili PDRM bagaimanapun memohon orang ramai agar tidak membuat tanggapan negatif terhadap pihak polis yang masih dan sedang menjalankan siasatan sehingga kes ini diputuskan oleh pihak Peguam Negara.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

11 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

12 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

12 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

12 hours ago