Bukan Setakat Pecah Rumah & Kedai, Penagih Dadah Ditahan Selepas Pecah Masuk PPV

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, itu yang sesuai diungkapkan kepada seorang penagih dadah berusia 33 tahun yang ditahan selepas dikenal pasti memecah masuk ke sebuah Pusat Pemberian Vaksin di di Dewan Jubli Intan, Mersing Johor.

Ekoran dari penahannya itu juga, polis akhirnya berjaya menyelesaikan enam kes pecah rumah dan kedai di kawasan berhampiran dengan kerugian bernilai kira-kira RM60,4000.

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Supt Cyril Edward Nuing pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu sekitar jam 8.15 pagi, 16 Oktober yang lalu .

Hasil maklumat dan risikan,mereka kemudian berjaya menahan lelaki berkenaan pada khamis lemas itu khamis lepas, di Kampung Sri Lumpur di sini, pada pukul 2.45 petang.

“Terdahulu, pada 16 Oktober lalu, Balai Polis Mersing menerima aduan mengenai kejadian pecah masuk bangunan PPV itu membabitkan kerugian kira-kira RM4,900.

“Barang yang dirampas di rumah suspek dipercayai dicuri dari PPV Dewan Jubli Intan Mersing adalah dua monitor jenama HP, sebuah CPU jenama HP, sebuah TV jenama Hisense, sebuah stand monitor dan sebuah penghawa dingin mudah alih jenama Midea

Suspek positif dadah dan banyak rekod jenayah dan narkotik

Tamnbah Cyril lagi, hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai tujuh rekod lampau bagi kes jenayah serta lapan bagi kes narkotik.

Polis dalam masa sama turut menjumpai dan merampas dadah jenis heroin kira-kira seberat 0.49 gram dan dadah jenis metamphetamine seberat 0.22 gram

“Turut dirampas dadah jenis heroin kira-kira seberat 0.49 gram dan dadah jenis metamphetamine seberat 0.22 gram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing sebentar tadi

Foto : Metro

Jelasnya lagi, mereka tidak menolak kemungkinan lelaki itu melakukan kegiatan jenayah secara berkumpulan dan polis kini sedang giat mengesan saki-baki kumpulan terbabit.

Dengan penangkapannya beliau yakin polis telah berjaya menyelesaikan enam kes pecah rumah dan kedai di daerah ini.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga esok dan dipercayai terdapat beberapa rakan jenayah lain yang sedang kenal pasti pihak polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago