Isu Pensyarah Herdik Pelajar B40 Tiada Laptop, UiTM Akan Ambil Tindakan

Sejak semalam tular di media sosial satu rakaman video berdurasi 1 minit 45 saat yang memperlihatkan seorang pensyarah wanita dipercayai dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengherdik dan memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba.

Dia kemudian dilihat mengarahkan pelajar tersebut agar meminta kakaknya untuk menjual gelang emas bagi mendapatkan dia sebuah komputer selain turut mengeluarkan kenyataan seolah-olah memperlekehkan golongan B40.

Insiden tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai malah turut mendapat perhatian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Se-Malaysia yang mahukan pensyarah terbabit disiasat.

Baca artikel berkaitan : Video Pensyarah Didakwa Hina Pelajar Tiada Laptop Jadi Perdebatan Netizen

Terbaharu, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor memaklumkan universiti itu sedang dalam penelitian untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pensyarah terbabit.

Menurut Dr Roziah, insiden tersebut melibatkan pensyarah kontrak dan ianya sebenarnya berlaku pada semester yang lalu.

“Dia adalah pensyarah kontrak di UiTM cawangan Seri Iskandar, Perak dan mengajar di Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur (FSPU).

“Saya difahamkan insiden berkenaan berlaku pada semester lalu bagaimanapun ia baru ditularkan semalam. Isu ini mesti ada perancangan kenapa ia baru dimuatnaik semalam.

“Bagaimanapun, tindakan akan diambil dan untuk pelajar itu, kita sudah mengesan dan memberikan peralatan yang diperlukan (komputer riba),” kata beliau dipetik dari Harian Metro.

Mungkin ada kesilapan

Tambah Dr Roziah lagi, pensyarah tersebut adalah seorang pendidik yang bagus namun mungkin berlaku sedikit kesilapan mengenai tindakannya memarahi pelajar berkenaan.

“Tindakan akan diambil tetapi saya tidak boleh jelaskan di sini. Dia adalah pensyarah kontrak dan ada laluan sebelum tindakan diambil.

“Semua pensyarah UiTM mahukan yang terbaik untuk pelajar-pelajar mereka dan saya harap orang ramai dapat bertimbang rasa terhadap staf dan pelajar saya,” katanya.

UiTM juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara sebentar tadi.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago