fbpx
Now Reading
Baru Sebulan Keluar Penjara, Bekas Banduan Kembali Diberkas Selepas Terlibat Kes Samun Bersenjata

Baru Sebulan Keluar Penjara, Bekas Banduan Kembali Diberkas Selepas Terlibat Kes Samun Bersenjata

Menerusi tangkapan terebut, sekurang-kurangnya tiga kes samun bersenjata dapat diselesaikan oleh pihak polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru sahaja dibebaskan dari penjara pada bulan lepas, seorang banduan yang juga seorang penganggur telah diberkas oleh polis selepas dipercayai terlibat dengan kes samun bersenjata di beberapa kedai serbaneka 24 jam di sekitar bandaraya Ipoh.

Menerusi laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, suspek yang berusia 29 tahun telah ditahan pada jam 12.55 tengah malam kelmarin (16 April) di sebuah kediaman di Bandar Baru Putra di Bercham, Ipoh.

“Kejadian samun bersenjatakan parang itu turut melibatkan kerugian iaitu 46 kotak pelbagai jenis rokok dan wang tunai berjumlah RM244 di beberapa kedai serbaneka berkenaan.

Kes diklasifikasikan sebagai kes samun bersiri

“Dalam tempoh kurang daripada 30 jam selepas laporan polis diterima, polis berjaya menahan suspek serta merampas beberapa barangan kes termasuklah sebuah motosikal yang digunakan oleh suspek,” katanya

Tambah beliau, kejadian samun melibatkan suspek dipercayai bermula sejak 14 April.

“Dengan tertangkapnya suspek, dipercayai sekurang-kurangnya tiga kes samun bersenjata parang yang dilaporkan di bandaraya Ipoh telah dapat diselesaikan,” ulasnya lagi.

Menurut beliau, suspek kini direman selama lima hari bermula 16 April hingga 20 April untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 392/397 Kanun keseksaan dan Seksyen 393 kanun yang sama.

Masyarakat dinasihatkan berwaspada menjelang hari raya

Dalam masa sama, pihak polis turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada khususnya menjelang musim perayaan hari raya Aidilfitri akan datang.

“Masyarakat umum perlu sentiasa mempertingkatkan kesedaran pencegahan jenayah dan berwaspada terhadap keselamatan harta benda masing-masing untuk mengurangkan peluang kepada penjenayah.

“Khususnya menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang,” kata Yahaya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.