Zuraida Umum Keluar BERSATU, Bakal Letak Jawatan Menteri

Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin hari ini mengumumkan keputusan untuk keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bersatu bagi menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Beliau dalam masa turut menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuniti.

Tertarik dengan PBM

Beliau yang tampil menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook memaklumkan memilih untuk menyertai PMB kerana tertarik dengan perjuangan parti tersebut.

“Insya-Allah, saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatan saya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

“Saya juga akan berbincang mengenai peranan dan hala tuju PBM demi mengukuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan itu.

Akan tetap sokongan kerajaan di bawah pimpinan Ismail Sabri

Zuraida menerusi kenyataan sama bagaimanapun menjelaskan kemasukannya ke PBM tidak akan mengubah sokongannya terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri memandangkan ianya selari dengan pendirian parti baharunya itu.

“Saya sudah membuat pertimbangan yang mendalam untuk menyertai PBM dan mempercayai dengan perjuangan parti itu serta tertarik dengan enam prinsip terasnya iaitu keterlibatan pelbagai kaum; pemberdayaan wanita; pemerkasaan anak muda; pembangunan ekonomi; peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

“Saya melihat banyak potensi dalam PBM, terutamanya pada masa rakyat Malaysia sudah bosan dengan politik lama yang membantutkan kemajuan negara.

“Insya-Allah, penyertaan serta pengalaman saya ke PBM nanti akan dapat membantu mengangkat parti ini ke peringkat yang lebih tinggi terutama menjelang pilihan raya umum yang akan datang,” katanya lagi.

Sekitar Februari lalu, sudah timbul ura-ura yang mengatakan Zuraida akan meninggalkan Bersatu untuk menyertai PBM.

Ianya selepas media melaporkan beliau telah disingkirkan daripada kumpulan WhatsApp Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu ekoran dari beberapa kontroversi.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan statusnya masih lagi seorang ahli dan ahli MPT Bersatu.

Zuraida pula dilihat lebih selesa ‘mengunci mulut’ dairi menjawab khabar angin berkenaan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

30 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

1 hour ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

2 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

3 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

4 hours ago
  • Trending

“Pelik Tapi Benar” – Rakaman Cara Ular Panjat Pokok Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, reptilia itu juga dilihat sangat pantas memanjat pokok berkenaan meskipun tidak punyai…

5 hours ago