China Berjaya Lancar Misi Hantar 3 Angkasawan Ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong

China berjaya melancarkan misi membawa tiga angkasawan ke Stesen Angkasa lepas Tiangong pada Ahad lepas (5 Jun).

Menurut laporan United Press International, tiga angkasawan itu berlepas menggunakan roket Shenzhou-14 dari pusat pelancaran satelit Jiquan di Gurun Gobi pada pukul 10.44 pagi dan memasuki modul teras, Tianhe pada pukul 8.50 malam.

Tiga angkasawan tersebut, Chen Dong, Liu Yang and Cai Xuzhe akan tinggal dan kerja di sana selama enam bulan.

Terlibat dalam kerja pembinaan stesen angkasa lepas Tiangong

Mereka turut terlibat dalam kerja pembinaan stesen angkasa lepas China tersebut sebelum pulang ke bumi pada December tahun ini.

“Buat pertama kalinya, angkasawan-angkasawan tersebut akan memasuki makmal angkasa lepas Wentian dan Mengtian untuk melakukan lebih 12 uji kaji dan banyak tugas lain,” kata Ketua Pereka Sistem Angkasawan bagi Program Angkasa Lepas China, Huang Weifen.

Dijangka beroperasi pada Disember ini

Beijing menganggarkan stesen angkasa lepas Tiangong bakal beroperasi sepenuhnya pada Disember ini dan akan bertahan selama 15 tahun.

Selain itu, dua misi penghantaran angkasawan dan kargo akan dilakukan pada setiap tahun.

Misi Ahad lepas merupakan yang ketiga membawa angkawasan China semasa fasa pembinaan stesen angkasa lepas tersebut.

Ketua misi, Cheng Dong pernah menyertai misi Shenzhou-11 pada 2016 dan memegang rekod sebagai angkasawan China yang paling lama berada di angkasa lepas.

Liu Yang merupakan wanita pertama yang meneroka angkasa lepas semasa misi Shenzou-9 pada tahun 2012 manakala bagi Cai ini merupakan misi pertama beliau meneroka angkasa lepas.

Kredit gambar: World News

Recent Posts

  • Info

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

45 seconds ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

16 mins ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

35 mins ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

41 mins ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

41 mins ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

58 mins ago