Budak 3 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 10, Dipercayai Panjat Tab Mandi Keluar Dari Tingkap

Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Jalan Dutamas Raya, Kuala Lumpur, pada petang semalam (22 Jun).

Dia disyaki terjatuh dari tingkap bilik air di rumahnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, kanak-kanak itu disyaki terjatuh dari tingkap bilik air di rumahnya.

Hasil siasatan awal, dia didapati memanjat tab mandi di bilik air sebelum keluar dari tingkap kecil yang berada di situ.

Ibu ada di ruang tamu, mungkin tak sedar anak masuk bilik air

“Ketika kejadian, ibu mangsa berada di ruang tamu dan mereka hanya tinggal berdua semasa kejadian.

“Kemungkinan ibu mangsa tidak menyedari anaknya masuk ke dalam bilik air dan memanjat tab mandi seterusnya memanjat tembok dan keluar dari tingkap bilik air sebelum terjatuh ke tingkat tiga,” jelasnya.

Katanya lagi, laporan berhubung insiden tersebut telah diterima oleh pihak polis pada pukul 3.30 petang semalam (22 Jun).

Disahkan meninggal di tempat kejadian

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh sepasukan anggota paramedik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Keterangan ibu belum dapat diambil kerana masih bersedih

Menurut Eng Lai, proses rakaman keterangan terhadap ibu kanak-kanak yang berusia 32 tahun tersebut masih belum dapat dilakukan berikutan keadaanya yang masih belum stabil disebabkan terlalu sedih.

Jelasnya, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan punca sebenar kejadian.

Recent Posts

  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

5 mins ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

4 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

5 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

5 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

3 days ago