“Ibarat Orang Kaya Ambil Makanan Dari Food Bank..” – Najib Cadang Naikkan Harga Petrol RON95

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mencadangkan agar kerajaan mempertimbang untuk menaikkan harga minyak RON95 sebanyak RM0.10 atau RM0.20.

Menurut beliau, hal ini kerana subsidi minyak petrol secara pukal oleh kerajaan yang sepatutnya memberi manfaat pada golongan B40 dan M40 turut sama dinikmati oleh golongan T20.

Najib turut kurang bersetuju dengan pemberian subsidi minyak petrol secara pukal kerana sistem subsidi di negara ini lebih memberi manfaat buat golongan orang kaya.

Katanya lagi, penurunan sebanyak 65% jualan RON97 adalah bukti yang jelas bahawa sebahagian besar orang  kaya dan berkemampuan telah bertukar ke minyak RON95 untuk menikmati subsidi kerajaan.

Ibarat orang kaya ambil makanan dari food bank

“Ibarat orang kaya ambil makanan dari food bank. Hari ini, kerajaan memberi subsidi sekitar RM2.50 bagi setiap satu liter RON95 yang dijual pada harga RM2.05. Sebab itu, harga minyak RON95 Malaysia adalah antara 10 paling murah di dunia, jauh lagi murah banding Arab Saudi dan UAE.”

Datuk Seri Najib Razak

Menurut Najib, jika seorang dari golongan T20 mengisi 50 liter minyak RON95 bagi kereta mewahnya, kerajaan sebenarnya memberi subsidi sebanyak RM125 setiap kali orang kaya isi minyak.

“Sekiranya orang kaya ini isi minyak tiga kali sebulan bermaksud kerajaan memberi bantuan RM4,500 setahun bagi orang kaya, lagi tinggi berbanding BR1M kepada B40 dan M40,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.

Barisan Nasional pernah menyelesaikan isu ini

Menurut ahli Parlimen Pekan itu lagi, Kerajaan Barisan Nasional (BN) pernah menyelesaikan masalah dan ketidakadilan ini dengan cara mengapungkan harga minyak iaitu menaik dan menurunkan harga minyak petrol mengikut harga pasaran dunia.

“Penjimatan daripada ini pula disalurkan kepada pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang dinaikkan dan diperluaskan jumlah penerima dari RM500 ke RM1,200 dan akhirnya ke RM2,000 setahun pada masa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Bagaimanapun, kadar inflasi yang tinggi dialami seluruh dunia membuatkan penarikan subsidi minyak secara sepenuhnya tidak sesuai dilaksanakan.

“Jangan sentuh harga diesel ketika inflasi masih tinggi sekarang kerana ia berkait langsung dengan kos pengeluaran, kos pengangkutan dan akhirnya akan memberi lebih tekanan kepada kadar inflasi,” jelasnya.

“Naikkan duti eksport dan cukai durian runtuh” – Najib

Selain itu, Najib turut menyarankan kerajaan menaikkan duti eksport dan cukai durian runtuh bagi sektor minyak sawit pada ketika dunia masih kekurangan bekalan dan harganya tinggi.

Jelas beliau, hal ini kerana ia dibayar oleh pembeli asing dan juga syarikat peladangan besar jadi ia bukan dibayar oleh peneroka.

“Penjimatan subsidi 10 sen atau 20 sen bersama hasil tambahan cukai sawit serta penjimatan dari tidak lagi memberi subsidi untuk ayam dan telur boleh disalurkan untuk diberi sebagai bantuan tunai kos sara hidup bagi golongan B40 dan T40 setiap tiga bulan selagi kadar inflasi masih tinggi.

Datuk Seri Najib Razak

“Golongan T20 tidak kisah dan tidak terkesan jika harga makanan tinggi namun ia merupakan tekanan yang besar bagi golongan B40 dan sebahagian besar golongan M40.

“Pemberian bantuan tunai kos sara hidup setiap tiga bulan akan melegakan tekanan kos makanan bagi golongan B40 dan M40,” ujarnya lagi.

Beliau mengupas isu mengenai lonjakan harga ayam dan telur selepas kerajaan umum akan menarik balik subsidi yang diberikan serta kemungkinan tinggi tarif elektrik turut menaik.

Recent Posts

  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

7 mins ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

31 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

2 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

4 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

6 hours ago