Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pemotongan gaji dan faedah menteri bukanlah cara terbaik untuk membantu rakyat dalam menghadapi kenaikkan kos sara hidup.
Tegas beliau, lebih banyak langkah praktikal harus dilaksanakan, seperti yang dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai tarif elektrik dan harga ayam.
“Perdana Menteri dan Kabinet telah melakukan banyak usaha, terutama menteri yang terlibat secara langsung dengan ekonomi dan harga barangan seperti Kementerian Kewangan dan yang berkaitan dengan ekonomi, perdagangan, pertanian dan kerja raya.”
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid
“Mereka bertemu dua kali seminggu untuk membincangkan cara dan mencari penyelesaian seperti yang diumumkan Perdana Menteri mengenai tiada kenaikan tarif elektrik dan keputusan untuk tidak mengapungkan harga pasaran ayam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tualak pada Sabtu lalu (25 Jun).
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas cadangan Tan Sri Rafidah Aziz, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, yang menyarankan agar gaji menteri dikurangkan bagi menunjukkan belas ihsan kepada rakyat yang sedang dilanda krisis ekonomi.
Beliau berkata, antara strategi untuk membantu rakyat menghadapi beban hidup yang semakin meningkat ialah mengekalkan harga petrol RON95 pada RM2.05 seliter.
Khalid turut menggesa sesiapa yang mempunyai cadangan supaya menghantarnya kepada Perdana Menteri dan pentadbiran bagi membantu rakyat menangani masalah itu.
“Kami tidak tahu apa yang Rafidah maksudkan tentang pemotongan gaji, sama ada dia benar-benar berniat atau hanya menyindir.”
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid
“Beliau adalah seorang veteran, seorang yang harus memberi nasihat yang baik tentang apa yang boleh dilakukan. Jika dia mempunyai idea, dia harus berjumpa Perdana Menteri dan memberitahu ideanya,” ujarnya.
Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…
Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…
Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…
Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…
Sebelum ini media melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu berdasarkan data…
AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…