Mahkamah Arah Ira Kazar Masuk Pembelaan, Tidak Boleh Ganggu Puteri Sarah

Umum pasti mengetahui yang aktres, Puteri Sarah baru-baru ini telah memulakan tindakan saman terhadap Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama pengarah, Syamsul Yusof.

Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, tindakan itu adalah cara yang terbaik bagi menyelesaikan semua masalah selepas empat tahun memendam rasa.

Baca artikel berkaitan :

‘Sampai Bila Nak Kena Pijak?’ – Puteri Sarah Saman Ira Kazar [Video]

Ira diberi sebulan untuk memasukkan pembelaan

Terbaharu, peguam Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader mendedahkan Ira Kazar perlu memasukkan pembelaannya dalam saman yang dikemukakan oleh anak guamnya dalam tempoh sebulan.

Mahkamah tetapkan pengurusan kes seterusnya pada 23 Ogos

Beliau yang ditemui media selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad, pada Isnin (4 Julai) berkata, mahkamah juga sudah menetapkan 23 Ogos sebagai tarikh sesi pengurusan kes yang seterusnya.

“Mahkamah sudah arahkan pihak defendan (Ira Kazar) untuk memasukkan pembelaan dalam masa satu bulan. Jika perlu jawab kita (plaintif) akan jawab, jika tidak mahkamah akan tetapkan tarikh bicara,” kata peguam itu.

Ira Kazar tidak boleh menganggu Puteri Sarah

Tambah beliau lagi, mahkamah juga telah mengekalkan perintah interim injunksi ex-parte (sebelah pihak) di mana Ira Kazar tidak boleh mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah menerusi media sosial sehinggalah kes perbicaraan penuh.

“Pihak defendan tidak membantah dan perintah interim injuksi itu dikekalkan mahkamah,” tambah Akberdin.

Permohonan perintah injuksti interim itu telah dihantar oleh Puteri Sarah kepada Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar dan ianya telah diterima pada Selasa (28 Jun) yang lalu.

Belum ke arah untuk menyelesaikan secara baik

Ditanya sama ada kes saman ini boleh diselesaikan secara baik, peguam itu merasakan kedua-dua pihak setakat ini masih belum ke arah itu.

“Sekiranya ada inisiatif, kita tengok dulu..kita bukan arrogant (meninggi diri) jadi asalkan tawaran itu logikal kita akan pertimbangkan selepas mendapat arahan anak guam (Puteri Sarah),” kata peguam itu lagi.

Sarah dan Ira tidak datang prosiding, hanya diwakili peguam

Sebagai info, prosiding hari ini berlangsung tanpa kehadiran Sarah dan Ira di mana kedua-duanya hanya diwakili oleh peguam masing-masing.

Peguam Ira, Ammar Ghalip turut mengesahkan pihaknya perlu memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan iaitu pada atau sebelum 4 Ogos ini.

“Saya sudah memasukkan dan menyerahkan kehadiran kepada plaintif dan hari ini mahkamah mengesahkan defendan (anak guam) telah melantik peguam dan kehadiran dimasukkan pada Jumaat lalu,” kata Ammar.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

3 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

5 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

6 hours ago