fbpx

‘Sampai Bila Nak Kena Pijak?’ – Puteri Sarah Saman Ira Kazar [Video]

Pelakon Puteri Sarah akhirnya mengambil keputusan untuk menyaman Ira Kazar yang didakwa telah mengganggu perkahwinannya selain turut memberi ugutan di media sosial.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak mahu dirinya terus diperkotak-katikkan, pelakon Puteri Sarah Liyana memulakan tindakan saman terhadap Ira Kazar yang didakwa telah menjadi orang ketiga yang mengganggu rumah tangganya bersama pengarah terkenal Syamsul Yusof.

Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, tindakan itu adalah cara yang terbaik bagi menyelesaikan semua masalah selepas empat tahun memendam rasa, lapor mStar.

Empat tahun beri peluang dan nak selesaikan tanpa libat mahkamah

“Empat tahun saya berdiam kerana mahu beri peluang. Kalau boleh nak selesaikan masalah ini tanpa melibatkan mahkamah dan tak perlu satu Malaysia tahu. Apabila suda sampai tahap begini saya rasa ia biadab.

“Selepas pulang dari umrah saya sangat yakin dengan keputusan ini. Saya juga ada buat solat istikharah dan nampak jalan apa yang harus dilakukan,” jelas aktres berusia 36 tahun itu.

Hadir untuk buat aduan di JAIS

Dia ditemui media di perkarangan pejabat Jabatan Agam Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam pada pagi ini (30 Jun).

Puteri Sarah hadir untuk membuat aduan berhubung rumah tangganya ke jabatan tersebut.

Sebelum ini, pelakon itu turut mendedahkan Ira merupakan penyebab kepada kemelut rumah tangganya bergolak.

Bukan sahaja ada hubungan dengan suami, malah turut Sarah dengan ugutan di media sosial

Bukan setakat mempunyai hubungan sulit dengan suaminya sahaja, Puteri Sarah turut mendakwa bahawa dia diganggu oleh Instafamous tersebut termasuk menerima ugutan di media sosial.

Puteri Sarah menerusi peguamnya telah memfailkan saman kepada atas Ira di mahkamah sivil pada 26 Jun lepas dan wanita itu telah menerima surat arahan agar menghentikan sebarang gangguan dua hari kemudian.

Kes akan dibicarakan di mahkamah pada 4 Julai depan.

Buat untuk diri sendiri dan keluarga

Sarah yang lega dengan keputusan membawa kes ini ke pihak pengadilan, berharap dia dapat memberi jalan kepada mana-mana wanita yang senasib untuk mengambil tindakan terbaik.

“Saya buat semua ini untuk diri sendiri dan keluarga. Sampai bila saya mahu dipijak-pijak.

“Jadi kepada sesiapa yang nak sondol (rampas) selepas ini perlu lebih berhati-hati. Saya mahu pertahankan perkahwinan dan perjuangkan hak sendiri.

“Kalau dah ambil orang punya duduk diam-diam, jangan ambil dan canang sana-sini serta kacau keluarga orang lain,” ulas Sarah lagi.

Mahu wanita itu mohon maaf

Menerusi permohonan yang dilakukan, pelakon itu turut mahu wanita berkenaan tampil meminta maaf serta berhenti dari melakukan apa-apa tindakan gangguan ke atasnya.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan hubungannya dengan Syamsul dia enggan memberi sebarang komen dan memaklumkan suaminya itu ada melawat ketika anak mereka dimasukkan ke hospital pada baru-baru ini.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 5, dan Sumayyah, 2.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.