fbpx
Now Reading
Ramai Bengang, Masa Tengah Sesak Nak Balik Kampung Boleh Pulak Ada VIP Yang Kena Escort [Video]

Ramai Bengang, Masa Tengah Sesak Nak Balik Kampung Boleh Pulak Ada VIP Yang Kena Escort [Video]

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika jalan raya sesak semasa kebanyakan orang pulang ke kampung bagi merayakan Hari Raya Aidiladha.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/hvnnaaaaa/status/1546059243186704384?s=20&t=2zjjgU30JVVWjZRLUh0kmA

Beberapa rakaman tular di media sosial yang memperlihatkan sebuah kenderaan jenis MPV berwarna putih sedang diiringi pihak polis di saat lebuh raya sesak dipercayai sewaktu orang ramai ingin pulang ke kampung halaman pada Sabtu lalu (9 Julai).

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter itu, kelihatan beberapa buah kenderaan sedang diiringi oleh dua unut kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tengah-tengah lebuh raya yang sesak.

Hal ini menyebabkan kebanyakan pengguna media sosial berasa berang dengan kejadian itu dan menyifatkan ia sebagai pentingkan diri.

Melalui video perkongsian itu juga, kelihatan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi dan kenderaan pengiring PDRM sedang membunyikan siren dan lampu isyarat agar pengguna jalan raya yang lain dapat memberikan laluan buat kenderaan VIP terbabit.

Kereta milik DS Najib Razak?

Video tular berkenaan turut dihujani dengan spekulasi yang mendakwa kereta berkenaan mungkin milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana mereka mendakwa kereta berkenaan sebelum ini pernah digunakan oleh Najib.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada bekas Perdana Menteri itu sememangnya berada di dalam kereta itu atau sebaliknya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menyelar layanan istimewa yang diberikan kepada VIP itu tanpa memikirkan nasib rakyat yang terperangkap di dalam kesesakan tersebut.

Ada juga pihak yang mempersoalkan mengapa Najib masih diberikan khidmat sedemikian sedangkan beliau bukan berstatus menteri.

Kredit gambar: Twitter ridhuan90

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.