Boleh Sebabkan Masalah Jantung & Buah Pingang, 95% Penduduk Malaysia Tak Makan Sayur

Umum mengetahui pengambilan sayur di dalam makanan adalah sangat penting untuk kesihatan badan.

Namun, masih ada yang memilih untuk tidak memakan sayur kerana tidak suka akan rasanya.

Terbaharu media melaporkan 95% penduduk Malaysia tidak makan sayur seperti yang telah dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), sehingga boleh mengakibatkan penyakit hati berlemak serta berisiko untuk mendapat penyakit jantung dan buah pinggang..

Dapatan berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019

Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, memaklumkan hasil dapatan itu adalah berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 yang dijalankan pada setiap empat tahun sekali bagi mengetahui tahap literasi kesihatan penduduk di Malaysia.

Jelasnya, majoriti penduduk Malaysia hanya mengambil satu jenis sayur sahaja dalam setiap hidangan serta tidak memakan sayur dan buah-buah dengan mengikut sukatan seperti suku-suku separuh.

Satu jenis sayur sahaja tidak baik untuk kesihatan, perlu pelbagaikan

“Makan satu jenis sayur saja tidak bagus untuk kesihatan, sebaliknya perlu mengambil pelbagai jenis serat dan warna sayur-sayuran yang elok.

“Jika tidak makan sayur akan kurang zat dan melebihkan pengambilan gula serta karbohidrat ringkas, ia akan menyebabkan sebatian organik itu terbenam dalam badan sebagai lemak.

Boleh menyebabkan berlaku penyakit tidak berjangkit (NCD)

“Kemudiannya akan pergi ke hati sehingga menjadikan penyakit hati berlemak dan akhirnya ia tidak berfungsi dengan baik sehingga sistem dalam badan kita rosak serta berlakunya penyakit tidak berjangkit (NCD) termasuk penyakit jantung dan buah pinggang,” jelasnya.

Menurut beliau, kajian NHMS 2019 turut mendapati nisbah 1:15% penduduk di negara ini berhadapan dengan penyakit obesiti serta golongan ini mempunyai lemak besar seperti di bahagian perut dengan ukur lilit pinggang melebihi 90 sentimeter (cm) bagi lelaki manakala wanita sebanyak 80 cm.

NCD diibaratkan seperti bom jika dibiarkan

“NCD ini umpama bom jangka jika dibiarkan dan kita menggalakkan masyarakat menyertai inisiatif Saringan Kesihatan Nasional supaya memastikan mereka peduli pada kesihatan mereka,” jelasnya.

Berikutan itu, Dr Noor Azmi memaklumkan, bagi NHMS yang akan datang, satu Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan akan ditubuhkan oleh kerajaan bertujuan untuk meningkatkan lagi kefahaman dan penggunaan fasiliti kesihatan yang ada.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

6 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

7 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

8 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

9 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

10 hours ago