fbpx
Now Reading
JAWI Bebaskan Siti Nuramira, Tiada Dakwaan di Mahkamah Syariah

JAWI Bebaskan Siti Nuramira, Tiada Dakwaan di Mahkamah Syariah

Difahamkan Siti Nuramira turut dibebaskan tanpa jaminan atau bon oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas sehari ditahan Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), wanita tular yang menghina Islam dilaporkan tidak akan didakwa di Mahkamah Syariah.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pendakwaan JAWI, keputusan diambil berpandukan Seksyen 58 (2) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) dan Seksyen 181 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutan) 1997.

“Pertuduhan jenayah dimulakan di Mahkamah sivil (Mahkamah Sesyen Jenayah) pada 13 Julai 2022 di bawah seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Seksyen 298A Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman yang lebih berat.

“Maslahah dari sudut pentadbiran keadilan bagi mengelakkan Orang Kena Tuduh (OKT) dituduh di dua mahkamah yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama iaitu untuk dihukum atas kesalahan yang dilakukan,” lapor Utusan.

Menurut laporan itu lagi, tindakan tidak meneruskan pendakwaan itu adalah sejajar dengan matlamat syariah yang menekankan pendekatan ta’dib iaitu mendidik dalam pentadbiran jenayah Syariah bagi membawa tertuduh ke arah amalan Islam yang sebenar.

Difahamkan Siti Nuramira turut dibebaskan tanpa jaminan atau bon oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dia sebelum ini dilaporkan akan berdepan dakwaan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Terdahulu, pagi tadi pasukan peguam yang mewakili Amy tampil menerusi satu kenyataan media memaklumkan pihaknya telah menerima panggilan daripada pegawai JAWI memaklumkan anak guam mereka akan dibebaskan tanpa jaminan JAWI serta-merta.

Pihak JAWI bagaimanapun akan menghubungi anak guam mereka sekiranya mereka sudah bersedia untuk untuk meneruskan prosiding pendakwaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.