Tak Puas Hati Dipijak Ketika Tidur, Dua Penghuni Pusat Jagaan Mental Belasah Lelaki OKU

Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) parah selepas dipukul dan dipijak oleh dua penghuni lain di sebuah pusat jagaan pesakit mental di Sungai Petani, Kedah.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian disedari pada Ahad lalu jam 4.50 petang dan mangsa berusia 49 tahun kini masih tidak sedarkan diri sedang berada di Zon Merah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Mangsa turut dilaporkan mengalami kecederaan yang serius di mana tulang kaki kanannya patah selain terdapat kesan lebam dari bawah pinggang hingga betis.

Tidak berpuas hati kerana dipijak mangsa ketika tidur

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak berpuas hati dua penghuni terbabit yang dikatakan dipijak mangsa ketika mereka sedang tidur di lantai.

“Pengurus di pusat jagaan itu memaklumkan yang mereka ada menerima maklumat berhubung kaki mangsa yang lebam akibat dipijak dua penghuni pada 11 Julai lalu. Mangsa kemudian dibawa menjalani rawatan keesokan hari di klinik kesihatan dan di turut menjalani X-ray serta diambil sampel darah.”

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan

Menurutnya, mangsa dikatakan dalam keadaan lemah di tempat tidurnya ketika dipanggil untuk makan sebelum mangsa dibawa ke HSAH oleh pekerja pusat jagaan terbabit.

Mangsa dalam keadaan kritikal

Tambahnnya, pakar yang merawat mangsa memaklumkan dia kini dalam keadaan kritikal dan hanya bergantung kepada ubat dan alat bantuan pernafasan. Selain itu, mangsa turut disyaki mengalami kecederaan dalaman yang serius di perutnya dan dia kini dipantau pakar.

“Siasatan mendapati pusat jagaan terbabit sudah beroperasi sejak 13 tahun lalu dan mempunyai tiga bilik untuk menempatkan pesakit mental yang dihantar keluarga. Hampir 60 pesakit mental termasuk mangsa tinggal di pusat jagaan terbabit dan mangsa ada kalanya dikatakan agresif selain suka mengganggu penghuni lain.”

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan

Kata Zaidy, suspek pertama berusia 33 tahun, tinggal di pusat jagaan terbabit sejak Mac tahun ini manakala suspek kedua yang berusia 21 tahun menginap di situ sejak Oktober tahun lalu.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” ujarnya lagi.

Difahamkan, mangsa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik mengalami masalah mental selepas terlibat dalam satu kemalangan dan sudah menginap di pusat jagaan itu sejak 10 tahun yang lalu.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago