Ramai Bersara Awal, 648 Guru Di Melaka Dikesan Alami Tekanan & Kemurungan

Menjadi pendidik sering diibaratkan seperti lilin yang membakar diri sendiri. Malah ia bukanlah satu tugas yang mudah dalam menggalas tanggungjawab bagi mendidik anak bangsa untuk berjaya.

Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh guru sehingga baru-baru ini, seramai 648 dari 13,976 guru di Melaka didapati tertekan serta mengalami kemurungan sewaktu bertugas.

Situasi tidak menyenangkan ini menyebabkan sebahagian besar dari mereka nekad mengambil keputusan untuk bersara lebih awal.

Guru tertekan dikenal pasti lepas buat saringan DASS

Dewan Undang Negeri (DUN) Melaka diberitahu, perkara ini dikesan selepas guru-guru terlibat melakukan saringan Skala Kemurungan, Kembimbingan dan Tekanan (DASS) yang dilakukan secara sukarela menerusi Sistem Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling (e2PK) Kementerian Pendidikan.

Menerusi laporan Harian Metro, EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhammad Akmal Saleh, memaklumkan saringan itu telah dilakukan oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka yang bertujuan untuk mengetahui tahap tekanan dan kemurungan di kalangan pendidik di sana

Beberapa usaha telah dilakukan untuk atasi masalah tertekan di kalangan guru

Ekoran itu, bagi mengatasi masalah tersebut beberapa usaha telah dilaksanakan ke atas warga Jabatan Pendidikan negeri seperti kaunseling, selainp penganjuran Program Meningkatkan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Guru #3A (sedar dan peka tindak).

“Turut dilaksanakan adalah Program Pemulihan, Pencegahan, Pembangunan dan Intervensi (3PI), antaranya Program Literasi Kewangan, Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Progra Pementoran, Program Mutiara (prestasi sederhana dan rendah) dan Intervensi Guru Positif Covid-19,” jelasnya.

Perkara itu dijawab berdasarkan soalan tambahan yang diaju Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (BN-Ayer Limau) berhubung punca ramai pendidik mengambil keputusan untuk bersara lebih awal di negeri tersebut sewaktu Persidangan Ketiga, Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 di Seri Negeri, Melaka.

Sementara itu, Dr Muhammad Akmal turut menjawab soalan lisan dari Seah Shoo Chin (DAP-Kesidang) berhubung peruntukan bagi menaik taraf serta baik pulih sekolah di Melaka.

Sekolah baharu akan dibina jika yang sedia ada sudah capai bilingan bilik darjah yang diperlukan

Beliau menjelaskan, pembinaan bangunan sekolah baharu akan dilakukan jika sekolah yang ada ketika ini telah mencapai kepada bilangan bilik darjah fizikal sebanyak 36 untuk sekolah rendah manakala 42 bilik darjah untuk sekolah menengah.

Menurutnya, usaha yang sama turut dilakukan jika sekolah yang sedia ada tidak mempunyai kawasan untuk membina bangunan baharu.

Beri fokus kepada pembinaan sekolah kerajaan

“Kementerian Pendidikan hanya memberi fokus kepada pembinaan sekolah kerajaan sahaja.

“Mengikut rekod, permohonan projek baharu yang akan diangkat dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) adalah Pusat Tingkatan Enam di Bachang, Serkam dan Ayer Limau, diikuti menaik taraf bangunan daif di Sekolah Kebangsaan (SK) Sebatu di Sungai Rambai serta menaik taraf bangunan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) On Lok, Jasin.

“Turut diberi tumpuan, bangunan tambahan enam bilik darjah dan lain-lain kemudahan di SK Kampung Tengah, pembinaan bangunan baharu 24 bilik darjah dan kemudahan lain di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Berendam, pembinaan bangunan tambahan 12 bilik darjah di SK Telok Berembang, pembinaan padang permainan SK Air Baruk, SK Batu Berendam dan SK Ayer Molek,” katanya lagi.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

1 day ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

1 day ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago