Berita baik buat anda yang mempunyai saman trafik, pada Sabtu (30 Julai) ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 50% di Program Road March 2022.
PDRM menerusi satu muat naik di akaun media sosial berkata, penawaran selama satu hari ini akan diadakan di program Road March 2022 bersempena dengan Peringatan Hari Polis ke-125 Tahun 2022 yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Menurut PDRM lagi, tawaran pengurangan ini akan bermula pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Namun ia hanya melibatkan saman dan kompaun bagi kesalahan terpilih sahaja.
Senarai saman yang tidak layak
Kebiasaannya, saman yang tidak layak adalah kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan dalan tahun sama seperti :
1.Tidak patuhi lampu isyarat merah 2.Memandu di lorang kecemasan 3.Potong secara merbahaya (Potong barisan) 4. Potong di garisan berkembar 5.Kemalangan 6.Kes dalam perbicaraan 7.Saman tidak boleh kompaun 8.Kesalahan berkaitan lori 9. Pengubahsuaian ekzos
Banyak program menarik di Program Road March 2022
Program Road March 2022 yang bakal berlangsung ini akan diserikan dengan pelbagai progaram menarik termasuk pameran aset, persembahan motosikal PDRM, persembahan payung terjun oleh Pasukan 69 Komando dan banyak lagi.