fbpx
Now Reading
Ajal 3 Sahabat, Pelajar Tingkatan 2 Maut Dirempuh Kereta

Ajal 3 Sahabat, Pelajar Tingkatan 2 Maut Dirempuh Kereta

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, ketiga-tiga mayat akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiga pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah kenderaan di kilometer 80, Jalan Jerangau-Jabor, Bukit Besi, semalam (31 Julai).

Nahas yang berlaku pada jam 9 malam itu menyebabkan dua penunggang dan satu pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan

Ketua Polis Daerah Dungun, Superitenden Baharudin Abdullah berkata, kesemua mangsa yang berusia 14 tahun itu dikenal pasti sebagai Mohammad Hafqzie Mohd Zukri, Muhmmad Salman Faris Samsu dan Muhammad Faris Haikal Mohd Faizal.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kesemua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi itu dalam perjalanan dari kampung mereka menuju ke Jabor untuk ke kedai makan sebelum motosikal mereka bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

Jelas Baharudin, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta jenis Proto Saga Aeroback yang dinaiki pasangan suami isteri itu dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain malangnya tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikal dinaiki mangsa.

Akibat pelanggaran itu, dua mangsa tercampak ke jalan raya, manakala seorang lagi mangsa pula diseret kira-kira 50 meter ke dalam semak berdekatan.

Baharudin berkata, kesemua mayat akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.