fbpx
Now Reading
Pemandu Lori Tular Buang Sampah Ke Dalam Sungai Di Johor Sudah Ditahan Polis [Video]

Pemandu Lori Tular Buang Sampah Ke Dalam Sungai Di Johor Sudah Ditahan Polis [Video]

Lelaki berusia 52 tahun itu ditahan di bandar Pontian kira-kira 7 malam tadi (29 Sept), lebih kurang lima jam selepas usaha menjejakinya dilakukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam, 29 September, tular di media sosial satu video memperlihatkan tindakan tidak bertanggungjawab seorang pemandu lori yang membuang sampah dari kenderaannya ke dalam sebuah sungai di Pontian, Johor.

Mula dimuat naik di laman Facebook We Are Malaysians, video berkenaan yang dipercayai berlaku di Sungai Wak Rabun Bt.33 Pontian kemudiannya tular di Twitter dan platform media sosial yang lain hingga mencetuskan kemarahan orang ramai yang mahukan individu berkenaan disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya.

Ini kerana perbuatan tersebut bukan sahaja boleh merosakkan alam sekitar dan memudaratkan habitat malah boleh menimbulkan bencana terutama banjir kilat.

Sudah ditahan Polis Daerah Pontian

Terbaharu, Polis Johor memaklumkan lelaki berkenaan sudah pun ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, lelaki warga tempatan berusia 52 tahun itu ditahan di bandar Pontian kira-kira 7 malam tadi, lebih kurang lima jam selepas usaha menjejakinya dilakukan.

“Kita cuba mengesan suspek selama lima jam termasuk di rumahnya tetapi tiada sehinggalah berjaya menghubungi dan menemuinya di kawasan bandar Pontian.

“Apabila berjaya ditemui dan ditahan, kita membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian dan menjalankan pemeriksaan serta siasatan,” kata Kamarul Zaman.

Banyak rekod lampau, tapi saringan air kencing negatif

Tambah beliau lagi, semakan mendapati lelaki berkenaan mempunyai beberapa rekod jenayah dan dadah.

Namun saringan ujian awal air kencing yang dilakukan mendapati dia negatif dadah.

Foto sewaktu penahanannya di IPD Pontian turut tular di laman sosial sejak malam tadi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.