Sejak semalam, tular berita mengenai seorang remaja lelaki maut akibat tertusuk pisau yang dibaling oleh kakaknya.
Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lalu (19 Oktober) di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, ibu mereka mendakwa salah faham di antara mangsa yang berusia 16 tahun dan kakaknya, 18, bermula gara-gara berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.
Terkini, punca kematian remaja lelaki itu adalah disebabkan pendarahan yang banyak pada saluran darah utama.
Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, perkara itu diperoleh hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam.
Menurut Rahmat, pendarahan berlaku akibat hujung pisau pemotong sayur dibaling kakak mangsa terkena pada arteri di bahagian kanan leher mangsa.
“Sebab kematian mangsa adalah kerana satu tusukan pisau dan hujung pisau itu terkena pada saluran darah utama (arteri) menyebabkan pendarahan yang banyak,” katanya ketika dihubungi media semalam.
Terdahulu, media melaporkan remaja lelaki maut dipercayai tertusuk pisau yang dibaling kakaknya.
Rahmat berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sejurus insiden berkenaan dan pisau pemotong sayur itu dirampas serta tiada kecederaan lain ditemui pada mangsa.
Kakak mangsa pula ditahan reman enam hari bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Baca artikel berkaitan:
Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…
Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…
Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…
Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.
Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…
Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…