fbpx
Now Reading
Punca Kematian Adik Akibat Pisau Potong Sayur Terkena Saluran Darah Utama Di Leher Kanan

Punca Kematian Adik Akibat Pisau Potong Sayur Terkena Saluran Darah Utama Di Leher Kanan

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, pendarahan berlaku akibat hujung pisau pemotong sayur dibaling kakak mangsa terkena pada arteri di bahagian kanan leher mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, tular berita mengenai seorang remaja lelaki maut akibat tertusuk pisau yang dibaling oleh kakaknya.

Dalam kejadian yang berlaku pada Rabu lalu (19 Oktober) di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, ibu mereka mendakwa salah faham di antara mangsa yang berusia 16 tahun dan kakaknya, 18, bermula gara-gara berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Punca kematian akibat pendarahan yang banyak pada saluran darah utama

Terkini, punca kematian remaja lelaki itu adalah disebabkan pendarahan yang banyak pada saluran darah utama.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, perkara itu diperoleh hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam.

Hujung pisau terkena pada arteri di leher kanan adik

Menurut Rahmat, pendarahan berlaku akibat hujung pisau pemotong sayur dibaling kakak mangsa terkena pada arteri di bahagian kanan leher mangsa.

“Sebab kematian mangsa adalah kerana satu tusukan pisau dan hujung pisau itu terkena pada saluran darah utama (arteri) menyebabkan pendarahan yang banyak,” katanya ketika dihubungi media semalam.

Terdahulu, media melaporkan remaja lelaki maut dipercayai tertusuk pisau yang dibaling kakaknya.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, kakak ditahan reman 6 hari

Rahmat berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sejurus insiden berkenaan dan pisau pemotong sayur itu dirampas serta tiada kecederaan lain ditemui pada mangsa.

Kakak mangsa pula ditahan reman enam hari bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.