Ini Senarai Timbalan Menteri Yang Diumumkan PM10 Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan barisan Timbalan Menteri bagi melengkapkan pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang dipimpin beliau.

Apa yang mencuri tumpuan adalah pelantikan Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan dan Steven Sim Chee Keong yang mana kedua-duanya dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang sebelum ini merupakan Menteri Tenaga dan Sumber Asli sewaktu era kerajaan Perikatan Nasional (PN) turut diserap ke dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Namun dalam pengumuman tersebut terdapat dua jawatan yang tidak diumumkan iaitu Timbalan Menteri Agama dan juga Timbalan Menteri Perpaduan Negara.

Menurut Anwar, kesemua Timbalan Menteri yang dilantik akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara, pada jam 3 petang esok, 10 Disember 2022.

Di bawah kami senaraikan semua nama Timbalan Menteri mengikut kementerian seperti yang diumumkan PM.

JawatanNama
Timbalan Menteri Kewangan1) Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan
2) Steven Sim Chee Keong
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan WilayahDatuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Timbalan Menteri Perladangan dan KomoditiDatuk Siti Aminah Aching
Timbalan Menteri PengangkutanDatuk Haji Hasbi Habibollah
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan MakananChan Fong Chin
Timbalan Menteri EkonomiDatuk Hajjah Hanifah Hajar Taib
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan TempatanAkmal Nasrullah Mohd Nasir
Timbalan Menteri PertahananAdly Zahari
Timbalan Menteri Kerja RayaDatuk Seri Abdul Rahman Mohammad
Timbalan Menteri Dalam NegeriDatuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan IndustriLiew Chin Tong
Timbalan Menteri Pendidikan TinggiMohammad Yusof bin Apdal
Timbalan Menteri Sains dan TeknologiDatuk Arthur Joseph Kurup
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & MasyarakatAiman Athirah Sabu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara HidupFuziah Salleh
Timbalan Menteri Undang-Undang & Reformasi InstitusiRamkarpal Singh
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan IklimDatuk Seri Huang Tiong Sii
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & KoperasiSaraswathy Kandasami
Timbalan Menteri Luar NegeriDatuk Mohd Alamin
Timbalan Menteri PelanconganKhairul Firdaus Akbar Khan
Timbalan Menteri Komunikasi DigitalTeoh Nie Ching
Timbalan Menteri PendidikanLim Hui Ying
Timbalan Menteri Perpaduan Negara
Timbalan Menteri Agama
Timbalan Menteri Belia dan SukanAdam Adli
Timbalan Menteri Sumber ManusiaMustapha @Mohd Yunus Bin Sakmud
Timbalan Menteri KesihatanLukanisman Bin Awang Sauni
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak)Datuk Wilson Ugak Kumbong

Video pengumuman Timb. Menteri

Terdahulu Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang Jumaat bagi memohon perkenan Baginda untuk melantik individu terbabit ke jawatan berkenaan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago