Anak adalah amanah dan rezeki yang dikurniakan Allah SWT untuk manusia. Ia seharusnya dijaga dan dididik dengan baik agar dapat membesar menjadi manusia yang berguna untuk diri sendiri dan juga masyarakat.
Tetapi malangnya, ada segelintir manusia yang masih tidak mensyukuri kurniaan ini apabila bertindak mendera si kecil hingga ada yang menjadi trauma, cedera parah atau lebih buruk lagi meninggal dunia.
Terbaharu tular di TikTok, video seorang kanak-kanak lelaki yang dijumpai bersendirian berhampiran sebuah pangsapuri di Batu 9, Cheras pada 13 Januari yang lalu.
Menurut pemilik video tersebut, D’BarohGarageMotorsports, kanak-kanak itu yang kelihatan begitu lapar telah dibawa ke sebuah kedai makan sebelum orang ramai mendapati terdapat kesan luka di beberapa bahagian badan selain kakinya yang tempang.
Malah kepalanya juga apabila disentuh mempunyai kesan darah selain salah satu jarinya tidak berkuku dan lukanya tidak dirawat.
Mereka yang memberinya makan lantas menghubungi pihak berkuasa memandangkan penduduk berdekatan tidak mengenali kanak-kanak terbabit.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah ACP Kajang Mohd Zaid Hassan berkata, kanak-kanak dianggarkan berusia tiga ke empat tahun itu tidak boleh memahami dan berkomunikasi dalam bahasa tempatan.
Jelasnya, sepasukan anggota polis terus bergesas ke lokasi kejadian selepas mendapat laporan dari orang awam yang menemui mangsa pada jam 11.30 malam.
“Kanak-kanak itu dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan pemeriksaan terhadapnya gagal menemukan sebarang butiran atau dokumen pengenalan diri.
“Pemeriksaan polis mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian badan, tangan, jari dan dahi mangsa. Polis mengesyaki mangsa bukan warga tempatan kerana tiada sebarang kesan suntikan vaksin di bahunya,” katanya dalam kenyataan pada Ahad malam (15 Jan).
Kata Mohd Zaid lagi, kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Kajang dan pemeriksaan awal pegawai perubatan mengesahkan keadaannya sihat dan stabil.
Sehubungan itu satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana terdapat elemen penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.
“Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan untuk menyalurkannya ke mana-mana balai polis atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Zaiyaudi Mohd Yaakub di talian 019-5355395.”
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…