Pesawat Terhempas Di Nepal, 68 Orang Disahkan Maut [Video]

Sejak semalam, tular beberapa rakaman di media sosial yang menunjukkan sebuah pesawat komersial terbang pada altitud yang rendah sebelum ia terhempas.

Menurut laporan Awani yang memetik Reuters, pesawat Yeti Airlines itu sedang dalam penerbangan dari bandar Pokhara menuju ke Kathmandu, Nepal dipercayai terhempas ketika ingin melakukan pendaratan.

Terhempas dan terbakar berdekatan lapangan terbang

Pesawat tersebut membawa 72 penumpang dan anak kapal terhempas berdekatan lapangan terbang menyebabkan 68 orang dilaporkan terkorban.

Menurut saksi yang melihat kejadian tersebut, pesawat itu terus terbakar sejurus ia terhempas.

Tular rakaman pesawat terbang rendah dan buat belokan tajam

Menerusi ciapan di laman Twitter akaun @kscChouhan, kelihatan jelas pesawat terbabit terbang rendah dan membuat belokan tajam di sebuah kawasan penduduk sebelum ia kedengaran terhempas.

Pada video berasingan, kelihatan kepulan asap hitam di udara dan juga beberapa serpihan pesawat yang masih dalam keadaan terbakar.

Difahamkan,15 daripada 72 penumpang yang berada di dalam pesawat tersebut merupakan warganegara asing manakala empat lagi adalah kru kapal.

200 tentera Nepal digegaskan ke lokasi nahas

Susulan kejadian itu, seramai 200 anggota tentera Nepal bergegas ke lokasi nahas yang berada di kawasan lembah Sungai Seti yang hanya sejauh 1.5 kilometer dari lapangan terbang.

“Kami jangka akan dapat menemui lebih banyak mayat… Kapal terbang telah pecah menjadi beberapa bahagian,” kata jurucakap tentera.

Perdana Menteri Nepal gesa agensi berkaitan bantu operasi cari mangsa

Perdana Menteri Pushpa Kamal Dahal telah memanggil satu mesyuarat tergempar dengan anggota Kabinetnya, selain menggesa agensi-agensi berkaitan segera membantu operasi pencarian mangsa.

Dari keseluruhan penumpang, sejumlah 53 orang dilaporkan warga Nepal. Turut berada dalam pesawat itu ialah penumpang warga India sejumlah lima orang, warga Rusia (empat) dan Korea (dua), serta masing-masing seorang dari Ireland, Australia, Argentina dan Perancis.

Salah seorang mangsa sempat buat FB Live sebelum terhempas

Lebih menyedihkan apabila Hindustan Times melaporkan, salah seorang mangsa nahas yang dikenali sebagai Sonu Jaiswal, 35, dari India sempat melakukan rakaman secara langsung (live) di laman Facebook sebelum pesawat tersebut terhempas.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Suspek Kedua Pula Ditahan

Suspek pertama sebelum ini ditahan di sekitar Pandan Indah manakala suspek kedua di Bandar Baru…

37 mins ago
  • News
  • Trending

Polis Siasat Dua Pemandu Bergaduh Sambil Rakam Video Di Lebuh Raya [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, polis telah mengesan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pemandu…

2 hours ago
  • Trending

Wanita Didakwa Keluar Simpang Terburu-buru & Sebabkan Kemalangan, Namun Tak Nak Mengaku Salah [Video]

Berdasarkan perbualan dalam video tersebut, pemandu lelaki berkenaan dari arah jalan lurus manakala pemandu wanita…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Nak Tutup Buku”- Ruhainies Dedah Sudah ‘Putus’, Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz

Ruhainies turut menyifatkan tiada keperluan dia menghubungi Aliff dan ingin fokus kepada kerjayanya.

2 hours ago
  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

18 hours ago