
Pesawat Terhempas Di Nepal, 68 Orang Disahkan Maut [Video]
Difahamkan,15 daripada 72 penumpang merupakan warganegara asing yang berada di dalam pesawat tersebut, manakala empat lagi adalah kru kapal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam, tular beberapa rakaman di media sosial yang menunjukkan sebuah pesawat komersial terbang pada altitud yang rendah sebelum ia terhempas.
Menurut laporan Awani yang memetik Reuters, pesawat Yeti Airlines itu sedang dalam penerbangan dari bandar Pokhara menuju ke Kathmandu, Nepal dipercayai terhempas ketika ingin melakukan pendaratan.
Terhempas dan terbakar berdekatan lapangan terbang
Pesawat tersebut membawa 72 penumpang dan anak kapal terhempas berdekatan lapangan terbang menyebabkan 68 orang dilaporkan terkorban.
Menurut saksi yang melihat kejadian tersebut, pesawat itu terus terbakar sejurus ia terhempas.
Tular rakaman pesawat terbang rendah dan buat belokan tajam
Menerusi ciapan di laman Twitter akaun @kscChouhan, kelihatan jelas pesawat terbabit terbang rendah dan membuat belokan tajam di sebuah kawasan penduduk sebelum ia kedengaran terhempas.
#Nepal #YetiAirlines plane ATR72 crashed, bodies of 29 people have been retrieved so far! There were 72 passengers on board including 4 crew! The plane had taken off from Kathmandu and crashed in #Pokhara! In which 5 Indians & citizens of other countries were aboard + pic.twitter.com/dRIePAsZBx
— Kalu Singh Chouhan (@kscChouhan) January 15, 2023
Pada video berasingan, kelihatan kepulan asap hitam di udara dan juga beberapa serpihan pesawat yang masih dalam keadaan terbakar.
Difahamkan,15 daripada 72 penumpang yang berada di dalam pesawat tersebut merupakan warganegara asing manakala empat lagi adalah kru kapal.
200 tentera Nepal digegaskan ke lokasi nahas
Susulan kejadian itu, seramai 200 anggota tentera Nepal bergegas ke lokasi nahas yang berada di kawasan lembah Sungai Seti yang hanya sejauh 1.5 kilometer dari lapangan terbang.
“Kami jangka akan dapat menemui lebih banyak mayat… Kapal terbang telah pecah menjadi beberapa bahagian,” kata jurucakap tentera.
Perdana Menteri Nepal gesa agensi berkaitan bantu operasi cari mangsa
Perdana Menteri Pushpa Kamal Dahal telah memanggil satu mesyuarat tergempar dengan anggota Kabinetnya, selain menggesa agensi-agensi berkaitan segera membantu operasi pencarian mangsa.
Dari keseluruhan penumpang, sejumlah 53 orang dilaporkan warga Nepal. Turut berada dalam pesawat itu ialah penumpang warga India sejumlah lima orang, warga Rusia (empat) dan Korea (dua), serta masing-masing seorang dari Ireland, Australia, Argentina dan Perancis.
Salah seorang mangsa sempat buat FB Live sebelum terhempas
Lebih menyedihkan apabila Hindustan Times melaporkan, salah seorang mangsa nahas yang dikenali sebagai Sonu Jaiswal, 35, dari India sempat melakukan rakaman secara langsung (live) di laman Facebook sebelum pesawat tersebut terhempas.
Atención: ⚠️ IMÁGENES FUERTES ⚠️
— El Dato Noticias Morelos (@eldatomx) January 15, 2023
Uno de los pasajeros de nombre Sonu Jaiswal de 35 años, originario de la India inició una transmisión en vivo a través de #Facebook y captó el momento en que el avión de #YetiAirlines se estrella dejando como saldo él y 67 muertos más en #Nepal. pic.twitter.com/HH3To9EbMC