“Diugut Makan Babi, Tikus & Rogol” – Mangsa Penipuan Sindiket Kerja Bersyukur Berjaya Pulang Ke Malaysia [Video]

Sejak tahun lalu, negara Malaysia dikejutkan dengan kes pemerdagangan orang atau sindiket penipuan kerja di Myanmar yang melibatkan warga tempatan yang dipaksa bekerja sebagai ‘scammer’ di sana.

Lebih membimbangkan apabila, kesemua rakyat Malaysia yang menjadi mangsa telah terkandas di Myanmar secara haram kerana dibawa memasuki negara itu melalui laluan tikus.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ditipu Ejen Cari Kerja, Rakyat Malaysia Terkandas Di Myanmar & Dipaksa Jadi Scammer

Susulan itu, beberapa pihak telah bekerjasama dalam membantu kesemua mangsa yang berada di sana untuk dibawa pulang semula ke Malaysia.

Usaha yang dilakukan oleh pihak terbabit telah membuahkan hasil setelah beberapa rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tersebut berjaya dibawa pulang ke Tanah Air.

Tiga lagi rakyat Malaysia berjaya dibawa pulang

Terbaharu, tiga lagi rakyat Malaysia yang turut menjadi mangsa berjaya dibawa pulang ke negara ini pada Selasa lalu (17 Januari).

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok malaysiagazette, kelihatan suasana penuh hiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di saat ketibaan ketiga-tiga mangsa.

@malaysiagazette

Replying to @commenter Pengalaman Ngeri Diugut Makan Babi, Dirogol Gara-Gara Tak Dapat ‘Sale’ 30 Ribu Sehari . #malaysiagazette #mgnews #pemerdanganmanusia #KLIA #ibu #anak #mangsapemerdagangan #tangisanibu #myanmar

♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo

Dipaksa kerja sekitar 17 jam sehari

Salah seorang mangsa yang ditemui menceritakan bahawa dia dan mangsa lain telah dipaksa untuk bekerja dari 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.

Menurut gadis itu, mereka dipaksa melakukan penipuan dan menjadi scammer melalui satu aplikasi yang menyediakan perkhidmatan seperti kereta sewa dan pembantu rumah.

Lebih menyedihkan, gadis tersebut turut berkongsi ugutan yang diterimanya sekiranya dia gagal mencapai sasaran keuntungan sebanyak 30,000 yuan (RM20,000) sehari.

“Bila leader (ketua) panggil tu ada rasa getar, dia macam takut sebab bila selalu kena denda kita jadi takut sebab takut kena denda apa kan,” kata gadis itu dengan nada yang sebak.

Diugut makan babi, tikus dan rogol

Ketika ditanya mengenai denda dan ugutan yang dihadapinya semasa di sana, jawapan yang diberikan oleh remaja terbabit amat mengejutkan.

“Kami kena ugut makan babi dan makan tikus. Kalau tiada yang buat sale langsung tu kena ugut untuk rogol,” jawabnya.

Pada masa sama, dia juga meluahkan rasa syukur kerana sudah selamat pulang ke Tanah Air dan berterima kasih kepada pihak yang telah bertungkus-lumus membantunya pulang ke Malaysia.

Video YouTube

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago