Rumah Dipecah Masuk, Warga Emas Maut Disamun Lelaki

Seorang warga emas menemui ajal selepas dipercayai disamun seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya di Kampung Pulai Darat, Jasin, Johor pada pagi tadi (20 Januari).

Mangsa yang dikenali sebagai Misah Md Amin berumur 91 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di bahagian dapur rumahnya dalam kejadian kira-kira pukul 2.00 pagi itu.

Menurut laporan Awani, Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asissten Superintendan Mohd Fadzil Othman berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 3.54 pagi daripada jiran mangsa.

Suspek warga tempatan berusia 20 tahun berjaya ditahan polis

Bertindak atas maklumat, pihak polis kemudiannya berjaya menahan suspek warga tempatan yang berusia 20 tahun.

“Kejadian berlaku pada awal pagi tadi yang mana selepas mendapat maklumat, sepasukan polis terus ke lokasi kejadian dan menemui warga emas yang tinggal seorang diri itu dalam keadaan terbaring di dapur rumah.

“Bertindak atas maklumat kemudian pasukan polis berjaya menahan suspek di kawasan berhampiran kira-kira enam jam kemudian,” katanya dipetik dari Awani.

Jelasnya lagi, mangsa yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian telah dibawa ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.

Motif kejadian dan punca kematian mangsa masih disiasat

Kata Mohd Fadzil, motif kejadian itu serta punca kematian warga emas terbabit masih dalam siasatan, namun suspek yang ditahan didapati memilik tiga rekod lampau berhubung kes rompak dan samun.

“Warga emas ini telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang dipanggil ke lokasi kejadian, namun punca kematian itu akan diketahui selepas selesai bedah siasat.

“Suspek yang juga penganggur ini juga mempunyai tiga rekod lampau dan buat masa ini suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

Jiran terdengar suara mangsa meraung kesakitan

Sementara itu, menurut jiran mangsa, dia terjaga daripada tidur kira-kira 1.50 pagi kerana terdengar suara warga emas yang mesra dipanggil Mak Misah itu meraung kesakitan sebelum terlihat seorang lelaki keluar dari pintu dapur rumah mangsa pada pukul 2.10 pagi tadi.

“Saya mula mengesyaki sesuatu yang buruk apabila nampak ada kelibat orang berlari, namun saya tidak sangka Mak Misah sudah meninggal dunia akibat disamun.

“Selepas melihat keadaan selamat, saya segera memanggil jiran sebelah dan menceritakan kejadian itu sebelum dia menghubungi polis,” ujarnya yang berusia 43 tahun.

Recent Posts

  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

40 mins ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

3 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

18 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

1 day ago