“Surely, We Belong To Allah..” – Nurul Izzah Keguguran Anak Keempat

Semalam (24 Januari), bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah binti Anwar telah berkongsi berita sedih mengenai pemergian bayi dalam kandungannya.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya itu, anak kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga berkongsi gambar beliau bersama ibu dan bapanya yang sedang berpelukan.

“Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan.

“Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama, selesai berkempen, sempat pula dijangkiti Covid-19 buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat,” katanya

Pemergian anak dalam kandungan disaat dirinya sibuk bekerja

Munurutnya, pemergian anak keempatnya di dalam kandungan itu merupakan satu berita yang amat mengejutkan disaat dirinya sedang sibuk bekerja.

“Sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung,” katanya lagi.

Walaupun pemergian anaknya itu amat menyedihkan, Nurul Izzah tetap bersyukur kepada Allah SWT tatkala memikirkan nasib kaum wanita lain yang turut melalui ‘episod’ serta pengalaman yang sama.

Nurul Izzah doakan insan yang lalui nasib sama agar terus kuat dan tabah

Ujarnya lagi, beliau juga mendoakan agar setiap orang yang pernah merasai saat kehilangan orang tersayang akan terus kuat dan tabah kerana kehidupan ini harus diteruskan.

“Jadi kepada anda – hampir semua daripada kita yang pernah merasai kehilangan, kita boleh menawarkan doa, pelukan maya dan ingatan bahawa kehidupan ini diteruskan.

“Keindahan kegembiraan dan kebahagiaan ini, mengintai setiap sudut sama ada senyuman Safiyah, Harith dan Yu Zhou. Atau dalam pelukan papa dan mama, setiap saat itu dikira. Selamat pulang dalam setiap kehangatan yang anda alami,” luahnya.

Di akhir perkongsiannya, Nurul Izzah turut menasihati agar setiap insan yang sedang melalui proses penyembuhan untuk mengambil sedikit masa sebelum masuk ke bab seterusnya dalam kehidupan baharu.

Terdahulu, media melaporkan Nurul Izzah telah berkahwin dengan seorang penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong bulan Ogos tahun lalu.

Recent Posts

  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

35 mins ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

2 hours ago
  • News
  • Trending

QSR Brands Sahkan Beberapa Cawangan KFC Terpilih Ditutup Sementara

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu berdasarkan data…

2 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

3 hours ago
  • Trending

Seniman Saran Selebriti Terpalit Kontroversi Aliff Aziz Buat Laporan Polis & SKMM

Menurut Seniman, isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah Yasmine juga adalah isu peribadi, justeru perlu…

3 hours ago
  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

19 hours ago