JPJ Bakal Lancarkan Aplikasi Untuk Lesen Memandu Digital, Dah Tak Perlu Bawa Kad Fizikal

Selain daripada kad pengenalan diri (IC), lesen memandu juga antara dokumen penting yang perlu sentiasa di bawa ke mana-mana sahaja terutamanya ketika memandu.

Namun, segelintir individu sering kali tertinggal dokumen penting tersebut menyebabkan mereka boleh dikenakan tindakan saman dan sebagainya jika berhadapan dengan situasi seperti sekatan jalan raya.

Tidak lagi perlu bawa lesen memandu fizikal, hanya melalui ‘app’ sahaja

Bagaimanapun, di masa hadapan orang ramai tidak lagi perlu membawa lesen memandu fizikal kerana dokumen berkenaan boleh diperolehi secara dalam talian menerusi satu aplikasi khas di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, aplikasi berkenaan sudah pun siap dan hanya menunggu ‘green light’ daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, untuk pelaksanaannya.

Aplikasi tersebut boleh dimuat turun melalui telefon pintar

Difahamkan, aplikasi yang akan memaparkan lesen memandu secara digital itu boleh dimuat turun menerusi telefon pintar.

Susulan daripada langkah pendigitalan ini, pihak berkuasa juga akan dibekalkan dengan peranti khas bagi melakukan pemeriksaan atau semakan ke atas lesen memandu digital tersebut.

Fungsi peranti khas itu adalah untuk mengimbas bar kod yang tertera pada lesen memandu digital berkenaan bagi menentukan sama ada lesen memandu digital itu tulen atau sebaliknya.

Kemungkinan akan dimaklumkan hari ini oleh Menteri Pengangkutan Jalan

Ketika ditanya oleh media bila aplikasi berkenaan akan dilancarkan, Zailani berkata hal itu mungkin akan dimaklumkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan Jalan, dijangka hari ini.

“Tunggu esok (hari ini), YBM (Yang Berhormat Menteri) akan adakan sesi sidang media,” katanya kepada BH.

Selain itu, JPJ juga merancang untuk menjadikan dokumen seperti cukai jalan boleh diakses dan dipaparkan secara digital menerusi aplikasi yang sama, lapor BH lagi.

Recent Posts

  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

3 mins ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

51 mins ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 hours ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

4 hours ago
  • News
  • Trending

QSR Brands Sahkan Beberapa Cawangan KFC Terpilih Ditutup Sementara

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu berdasarkan data…

4 hours ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

5 hours ago