OPS Hari Kekasih: Pelajar 20 Tahun Berduaan Tepi Pantai Dicekup JAIM

Tanggal 14 Februari merupakan hari meraikan kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine’s Day yang kebiasaanya disambut oleh pasangan yang bercinta untuk menghargai antara satu sama lain.

Oleh itu, pelbagai aktiviti yang akan dilakukan oleh mereka untuk menunjukkan rasa sayang seperti keluar bersama-sama, memberi hadiah dan sebagainya.

Namun bagi mereka yang beragama Islam, sambutan hari kekasih merupakan sesuatu perkara yang haram untuk disambut kerana tidak sesuai dengan budaya masyarakat agama tersebut.

Pelajar IPT bersama pasangan ditahan malam Valentine’s Day

Baru-baru ini, seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang sedang menyulam cinta bersama pasangan kekasihnya di tepi Pantai Siring, Merlimau, Melaka terhenti apabila mereka ditangkap oleh penguat kuasa, pada malam 13 Februari.

Memetik laporan Kosmo, pelajar yang berumur 20 tahun berkenaan merupakan antara lima pasangan yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam satu Operasi Cegah Jenayah Syariah bersempena dengan Sambutan Hari Kekasih.

Pelajar mengaku telah jalin hubungan sejak 2 tahun lalu

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat menyatakan, pelajar dan teman lelakinya itu ditahan selepas duduk berdua dalam keadaan yang gelap di tepi pantai selain tidak mempunyai ikatan yang sah (suami isteri).

“Hasil soal siasat wanita tersebut merupakan pelajar IPT dan mengaku mereka menjalinkan hubungan sebagai kekasih sejak dua tahun lalu.

“Pasangan itu memberi alasan hanya duduk melepak selepas makan malam bersama, namun ketika diserbu kedua-duanya didapati duduk begitu rapat tanpa mempunyai ikatan yang sah,” katanya.

Dua lagi pasangan dicekup di dua buah hotel

Sementara itu, Che Sukri menyatakan terdapat dua lagi pasangan lain yang ditahan di dua buah hotel semasa serbuan dibuat di sekitar Bandar Hilir.

“Kita juga menahan dua pasangan berusia antara 25 tahun hingga 37 tahun kerana berkurung tanpa sebarang dokumen perkahwinan yang sah.

“Satu pasangan melibatkan seorang pengawal keselamatan sebuah syarikat kurier berusia 28 tahun dengan kekasihnya 25 tahun di sebuah hotel di Ujong Pasir.

“Sepasang lagi adalah pasangan warga asing iaitu warga Bangladesh dengan warga Indonesia di sebuah hotel terkenal di Taman Melaka Raya,” jelasnya.

Mereka yang ditahan kemudian dibawa ke pejabat JAIM untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 53 dan Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

Recent Posts

  • Trending

Wanita Mahu Calon Suami Bergaji RM9,000 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Kebanyakan wanita yang ditemu bual YouTuber berkenaan berpendapat lelaki perlu mempunyai pendapatan antara RM3,000 hingga…

18 mins ago
  • Trending

Lelaki Cuci Tempat Ambil Wuduk Yang Berlumut Sebelum Solat Raih Pujian Ramai [Video]

Dalam video sama, turut kelihatan lelaki itu menukarkan beberapa kepala paip baharu di tempat mengambil…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Thailand Larang Nikah Bawah Umur Selepas Kes Lelaki Malaysia Kahwini Kanak-kanak Perempuan 11 Tahun

Pihak berkuasa agama Thailand turut memerintahkan pasangan itu untuk menjalani 'mufaraqah' iaitu hidup berasingan suami…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Sekolah Akan Ditutup Jika Suhu Lebih 37 Darjah Celsius 3 Hari Berturut-Turut

Walau bagaimanapun, penutupan itu bergantung kepada situasi semasa dan kawasan terlibat.

3 hours ago
  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

17 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

1 day ago