Tiga individu yang didakwa membaling mercun ke sebuah kediaman penduduk di Kampung Felda Kemahang 3, Kelantan pada 17 Februari lepas dicekup pihak polis.
Memetik laporan Harian Metro, kesemua lelaki yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 41 tahun tersebut ditangkap di tiga kediaman berbeza di Felda berkenaan sekitar jam 4 petang hingga 10.45 malam pada 21 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kes tersebut selepas pengadu terdengar bunyi mercun pada jam 3.16 pagi, 17 Februari lalu.
Jelasnya, melalui laporan pengadu terdengar bunyi individu sedang berjalan di bahagian luar rumah yang dipercayai lebih dari dua orang. Dia lalu terdengar dua bunyi letupan yang kuat dari bahagian hadapan rumah.
“Siasatan polis di lokasi menjumpai serpihan besi yang disyaki komponen bahan letupan buatan sendiri. Serpihan yang dipercayai besi itu dihantar ke Unit Forensik untuk dianalisa.
“Bertindak atas maklumat yang diperolehi, pada jam 4 petang kelmarin (21 Februari) sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di tiga rumah berasingan di Felda Kemahang 3,” ujarnya.
Menurutnya, semasa serbuan yang pertama dilakukan terdapat pergelutan berlaku antara polis dan individu berkenaan sebelum lelaki itu berjaya ditangkap.
Berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan ke atas suspek, polis kemudian menjumpai tiub straw lut sinar yang berisi 12 biji pil disyaki adalah dadah jenis yaba.
“Hasil pemeriksaan polis terhadap dua lagi rumah berjaya menahan dua suspek dan kita turut merampas empat paket mercun bola, satu paket lut sinar yang disyaki berisi sumbu bersama satu plastik serbuk belerang.
“Barang rampasan berkenaan disembunyikan di dalam sebuah almari. Hasil soal siasat, ketiga-tiga suspek mengaku membaling mercun di sebuah rumah pada Jumaat (17 Februari) lalu.
“Ujian air kencing juga mendapati dua daripada suspek berkenaan positif methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau,” jelasnya lagi.
Ketiga-tiga suspek kemudian direman selama empat hari bermula 22 hingga 25 Februari dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…
Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…
Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…
Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…
Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…
Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…