Wanita Kongsi 3 Cara LHDN Kesan Pendapatan Yang Tidak Diisytihar [Video]

Setiap rakyat Malaysia yang sudah bekerja atau menjalankan perniagaan dan memenuhi syarat ditetapkan, diwajibkan membuat pembayaran pentaksiran cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Pengisytiharaan kepada LHDN adalah perlu dan penting kepada setiap orang yang sudah bergaji kerana ia dapat mengelakkan anda dari dikenakan sebarang tindakan seperti denda atau sebagainya.

Wanita kongsi 3 cara LHDN ketahui anda mempunyai pendapatan tak diisytihar

Baru-baru ini, seorang wanita yang dipercayai merupakan seorang penasihat akauntan persendirian atau dikenali sebagai Tukangkirakira di TikTok telah berkongsi tiga cara LHDN mengetahui anda mempunyai pendapatan yang tidak diisytihar.

Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan kepada anda:

  • Pertama – Apabila anda berurusan dengan syarikat lain mereka akan mengeluarkan satu ‘payment voucher’ di mana di dalamnya tertulis nama serta nombor kad pengenalan si penerima bayaran.
  • Kedua – Melalui komisyen yang diberikan kepada anda iaitu syarikat-syarikat ini perlu mengisi satu borang iaitu CP58 untuk diserahkan kepada pihak LHDN. Jelas wanita itu, sebenarnya kebanyakan ejen tidak mengetahui bahawa pembayaran komisyen tersebut telah diisytihar kepada LHDN.
  • Ketiga – Menerusi media sosial sebagai contoh setiap peniaga adakalanya gemar berkongsi berapakah keuntungan yang diperolehi oleh mereka.

Boleh dikenakan penalti 45%-300% bergantung pada kadar semasa

Malah untuk pengetahuan anda sesiapa yang didapati culas daripada membuat pembayaran cukai boleh dikenakan penalti pada kadar semasa iaitu antara 45%-300% bergantung kepada jenis-jenis kesalahan berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967.

Antara senarai kesalahan, denda dan penalti yang boleh dikenakan adalah tidak mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan, sengaja mengelak cukai atau membantu orang lain mengelak cukai, meninggalkan negara tanpa membayar cukai serta banyak lagi.

Bagi kesalahan tersebut anda akan diminta untuk membuat bayaran seperti yang ditetapkan atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau 3 tahun atau kedua-duanya sekali

Untuk maklumat lanjut berhubung kesalahan, denda dan penalti yang dikenakan anda boleh merujuk ke laman sesawang LHDNM.

Melihat di ruangan komen, video tersebut telah mendapat perhatian apabila ramai yang bertanya tentang LHDN dan sebagainya.

“Macam mana nak bersihkan nama dari ‘blacklist’ LHDN”

“Saya banyak berurusan dengan akaun bank, seperti pemindahan wang dan bayaran berniaga mereka boleh kesan ke?”

“Jika syarikat tak isytihar komisen ejen macam mana ya?”

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

15 mins ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

1 hour ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

2 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

3 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

4 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

5 hours ago