Leonardo DiCaprio & Kim Kardashian Diasak Dedah Rahsia Skandal 1MDB

Selebriti Hollywood Leonardo DiCaprio dan Kim Kardashian disoal siasat oleh Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS) dan Jabatan Kehakiman (DoJ) berkaitan penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan Harian Metro yang memetik Bloomberg Businessweek, pada April 2018, Leonardo memaklumkan kepada ejen mengenai hubungannya dengan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low yang bermula di kelab malam.

Wang Jho Low datang dari individu paling kaya di Abu Dhabi

Tambah Leonardo, dia maklumkan bahawa wang Jho Low datang daripada ‘individu paling kaya’ yang tidak dikenali di Abu Dhabi dan Jho Low sendiri ialah seorang pakar perniagaan.

Kata laporan itu, hubungan Jho Low dan pelakon filem Titanic itu serta beberapa selebriti lain mendapat perhatian ketika pendakwa raya bersedia untuk perbicaraan yang melibatkan ahli kumpulan hip hop, Fugees, Prakazrel ‘Pras’ Michél.

Antara senarai saksi berpotensi Michél pada waktu itu ialah Leonardo, Obama, Donald Trump (bekas presiden AS) dan pengusaha hotel, Steve Wynn.

Dokumen FBI yang tak didedahkan disemak Bloomberg Businessweek

Dokumen FBI yang tidak didedahkan sebelum ini disemak Bloomberg Businessweek menawarkan perakaunan lebih terperinci mengenai tawaran itu dan menunjukkan cara ejen persekutuan memaksa selebriti dan pengendali mereka untuk mendapatkan maklumat berkaitan Jho Low.

Contohnya, Kim Karshian pada Februari 2019 memberitahu FBI pertemuannya dengan Jho Low bermula di sebuah pesta di Las Vegas.

Pada masa sama, Jho Low memberi tunangnya ketika itu, Kris Humphries, wang berjumlah AS$100,000 (RM447,550) untuk bunga api bagi perkahwinan mereka pada 2011.

Selang beberapa tahun kemudian, Jho Low menawarkan karya Basquait kepada Kim yang mendorong suaminya ketika itu, Kanye West untuk meminta karya Claude Monet, lapor ejen berkenaan.

Wakil Leonardo dan Kim enggan ulas lanjut

Namun cubaan Bloomberg untuk mendapatkan respon daripada wakil Leonardo dan Kim bagaimanapun tidak berjaya.

Berdasarkan ringkasan temu bual FBI, Kim dan yang lain termasuk penerbit bersama filem The Wolf of Wall Street, Riza Aziz dan Joey McFarland berada di sebuah kasino di Las Vegas bersama Jho Low.

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

1 day ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

1 day ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

1 day ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

1 day ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

1 day ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

1 day ago