Kontroversi Mentega Terbang: Pengarah & Pelakon Beri Kerjasama Rakam Keterangan Kepada PDRM

Pada minggu lalu, tular di media sosial berhubung satu filem bertajuk Mentega Terbang yang dikatakan bertentangan dengan akidah selain turut menyentuh sensitiviti agama Islam.

Filem tempatan yang disiarkan di sebuah aplikasi secara berbayar pada 19 Januari itu turut mendapat perhatian ramai apabila ia mengundang rasa risau di kalangan penganut agama berkenaan.

Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut menyatakan pihaknya telah diminta untuk membuat ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Mulmedia Malaysia (SKMM) agar tindakan undang-undang boleh diambil.

Baca artikel berkaitan: Filem Mentega Terbang Bertentangan Dengan Akidah & Cara Hidup Umat Islam di Malaysia – JAKIM

PDRM ambil keterangan pelakon dan pengarah ‘Mentega Terbang’

Terbaharu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan dari Pengarah filem berkenaan, Khairi Anwar Jailani serta pelakon Arjun Thanaraju di Bukit Aman pada pagi tadi (10 Mac).

“Kami memberikan kerjasama sepenuhnya dan menjawab semua soalan yang diajukan polis,” ujar Khairi sejurus selesai kenyataannya dirakamkan.

Pembikin filem perlukan kebebasan tunjuk kreativiti

Menurutnya, mereka yang menghasilkan filem perlu diberikan kebebasan untuk menunjukan kreativiti mereka.

“Tugas kami sebagai pembikin filem adalah untuk mengetengahkan isu semasa, dan kebebasan bersuara kami tidak seharusnya dikawal,” ujarnya kepada Free Malaysia Today.

Kehadiran pengarah dan pelakon ke ibu pejabat PDRM itu berkenaan turut ditemani peguam yang mewakili mereka iaitu Zaid Malek.

Kes disiasat mengikut 3 seksyen

Kata peguam itu kes disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan suasana tidak harmoni, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam.

Kedua-dua individu itu turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 disebabkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Filem tersebut yang menyentuh berhubung perbezaan serta persamaan agama utama di Malaysia bukan sahaja mendapat kritikan orang ramai bahkan gologan agamawan dan selebriti.

Selain mendapat kritikan terdapat juga babak di dalam filem ini yang menyifatkan bapa kepada watak utama, Aishah berfahaman liberal apabila dia tidak menghalang jika anak perempuannya itu mahu mengikuti fahaman agama lain.

Untuk maklumat, filem indie ini pertama kali ditayangkan di Jogja-NETPAC Asian Film Festival 2021 pada 28 November 2021.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

12 mins ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

1 hour ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

2 hours ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

6 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

6 hours ago