Foodpanda Jumpa Rider Menangis Dakwa Gaji Dipotong Hari Ini

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan luahan seorang penghantar makanan yang mendakwa tidak menerima pembayaran gaji seperti yang sepatutnya.

Sehubungan itu, syarikat penghantar makanan, Foodpanda akan bertemu dengan rider terbabit pada hari ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai video tular berkenaan.

Menerusi kenyataan Foodpanda semalam (12 April), pihaknya sedia maklum mengenai hal tersebut dan telah menghubungi rider yang dikenali sebagai Muhd Saifuddin Mustafa itu sejak Isnin lalu.

Gagal menghantar makanan dan tidak menjalankan tanggungjawab

Menurutnya, siasatan dalaman mendapati lelaki berusia 28 tahun itu gagal menghantar beberapa penghantaran makanan selain tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

“Kami turut menerima beberapa peringatan berhubung kegagalan penghantaran makanan oleh lelaki itu kepada pelanggan.

“Sebagai penyedia perkhidmatan, Foodpanda mempunyai tanggungjawab mengekalkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan selain memastikan makanan ditempah dihantar tepat pada masanya,” katanya.

Saifuddin setuju untuk jumpa pihak Foodpanda hari ini

Jelasnya lagi, Saifuddin juga telah bersetuju untuk bertemu dengan pihak Foodpanda hari ini bagi merungkai dakwaan dan kesulitan yang berlaku.

Terdahulu, tular satu video di laman TikTok akaun @saifulxander_ seorang penghantar makanan Foodpanda yang meluahkan kekecewaa apabila mendakwa syarikat terbabit telah menzaliminya berhubung pembayaran gaji.

Rider Dakwa gaji RM800 tapi hanya dibayar RM500

Pemilik video itu mendakwa gaji yang sepatutnya diterima olehnya berjumlah RM800 tetapi hanya dibayar RM500 sahaja.

Video tular tersebut telah meraih perhatian ramai sehingga Mentere Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjemput rider terbabit ke kediamannya pada Selasa lalu (11 April).

@saifulxander_

Tolong bantu saya gunakan kuasa viral, sbb dah rmai rider yg kene, tapi mreka tk viral. Terima Kasih dan Salam Ramadan !🥲 #viral #foodpanda #foodelivery #rider #fyp #fypシ #fypdongggggggg

♬ Muhammad Nabina Binuru Hadina – Hidayat

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago