Selepas hampir 47 tahun, laporan siasatan akhir nahas pesawat Sabah Air yang telah mengorbankan Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens pada 1976 akhirnya dikelaskan sebagai dokumen terbuka.
Bahkan ia juga boleh diakses di laman web Kementerian Pengangkutan bermula hari ini, 12 April.
Menerusi laporan tersebut, tiada sebarang bukti sabotaj, kebakaran mahupun letupan yang telah ditemui oleh pasukan penyiasat berhubung tragedi yang berlaku pada 6 Jun 1976 itu.
Selain itu tiada bukti yang mengesahkan ada kerosakan sebelum nahas atau enjin pesawat menjadi faktor berlakunya kemalangan.
Sebaliknya pesawat telah hilang kawalan sewaktu juruterbang mahu mendaratkan pesawat.
Walaubagaimanapun, juruterbang mempunyai lesen selain ujian patologi terhadapnya membuktikan beliau cukup layak untuk terbang pada ketika itu.
Bukan itu sahaja, pesawat GAF Nomad N22B dengan nombor pendaftaran 9M-ATZ milik Sabah Air terbabit diselenggara mengikut jadual, selain melakukan penerbangan dengan had berat yang dibenarkan iaitu 8065 lbs berbanding had maksima 8500 lbs.
Namun kedudukan pusat graviti pesawat terbabit didapati luar had buritan iaitu bahagian paling belakang pesawat.
Selain itu siasatan turut mendapati prosedur operasi yang dijalankan oleh juruterbang syarikat itu juga secara kasual dan tidak mengikut standard.
Ia juga tiada pelan penerbangan, IFR, difailkan seperti dikehendaki oleh Manual Operasi untuk penerbangan membawa VVIP.
Tambah laporan sama, juruterbang dipercayai berada dalam keadaan tertekan untuk kembali ke Kota Kinabalu dari Labuan selain beliau juga agak kepenatan. Beliau sebelum itu juga ada mengadu mengenai perutnya yang sakit dipercayai kerana makanan yang diambil sehari sebelumnya.
Laporan itu turut menyebut bahawa bahagian kerosakan log teknikal tidak dibersihkan mengikut amalan yang disyorkan.
Sebagai rekod 11 individu yang terkorban dalam tragedi tersebut iaitu:
Sewaktu insiden tersebut berlaku, Tun Fuad Stephens juga 53 hari mengangkat sumpah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah.
Untuk membaca laporan penuh layari laman Kementerian Pengangkutan di sini.
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…