Tular Kemalangan Maut Di Johor, Pemandu Lori Tercampak Jatuh Jambatan [Video]

Sejak awal pagi tadi (14 April), tular di media sosial rakaman kemalangan yang membabitkan dua buah lori dan sebuah kenderaan di Kilometer 68.3 (Arah Selatan) laluan Machap ke Simpang Renggam, Johor.

Difahamkan, kemalangan itu menyebabkan seorang lelaki maut selepas tercampak keluar daripada lori yang dipandunya sebelum jatuh dari jabatan jalan berkenaan.

Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan Dua Shoromi Salih berkata, mangsa dikenalpasti sebagai Muhammad Saifudin Md Lazan berusia 35 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berpunca daripada rempuhan dengan sebuah treler

Menurutnya, kemalangan berpunca susulan rempuhan dengan sebuah treler muatan simen yang turut melibatkan tiga lagi kenderaan.

Kata Shoromi, seramai sembilan anggota bomba berada di lokasi kejadian bagi operasi menyelamat selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 2.10 pagi mengenai kemalangan itu.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan 3 buah kenderaan iaitu lori Scania treler, lori 5 tan jenis Isuzu dan sebuah kereta jenis Honda Civic.

“Terdapat seorang mangsa iaitu pemandu lori 5 tan jenis Isuzu telah tercampak keluar ke bawah jambatan. Manakala mangsa yang lain dalam keadaan selamat.

“PKO bertindak membawa mangsa naik ke atas dengan menggunakan stretcher board dan dipercayai mangsa telah meninggal dunia sebelum PKO tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (14 April).

Jentera FRT digunakan untuk bantu usaha menyelamat

Jelasnya lagi, sebuah jentera FRT turut digunakan bagi membantu usaha menyelamat, manakala mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Berkongsi lanjut, Shoromi berkata operasi tersebut ditamatkan pada jam 3.28 pagi selepas pihak bomba yang bertugas telah memastikan kawasan di sekitar berada dalam keadaan selamat.

Tular rakaman semasa kejadian baru terjadi

Terdahulu, menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @ry_zal7, kelihatan buah tembikai yang dibawa oleh lori berkenaan bertaburan di atas jalan.

Dalam video sama, kelihatan juga sebuah kenderaan berwarna putih turut merempuh lori berkenaan sebelum sebuah lagi treler muncul dan melanggarnya.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

10 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

11 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

11 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

11 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

11 hours ago