Lelaki Di Melaka Maut Ditikam Selepas Komen Saiz Payudara Pelanggan Wanita

Gara-gara mulut celupar dan mengeluarkan kata-kata tidak senonoh, seorang pengurus syarikat maut ditikam dalam satu pergaduhan yang didakwa berpunca daripada mangsa yang menegur saiz payudara seorang pelanggan wanita di sebuah gerai makan di Taman Kenanga, Melaka pada pagi tadi (10 Mei 2023).

Dalam insiden yang berlaku pada jam 4 pagi itu, mangsa difahamkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Pertengkaran Mulut Yang Membawa Kepada Pergaduhan

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christoper Patit, kejadian berlaku apabila mangsa dalam keadaan mabuk telah datang ke gerai tersebut untuk makan dan minum bersama rakannya.

Selesai makan, mangsa dikatakan bercakap bersama rakan-rakannya mengenai saiz payudara seorang pelanggan wanita dan perbualan itu didengari oleh seorang lelaki yang merupakan pengawal peribadi wanita terbabit.

Ekoran daripada itu, berlaku pertengkaran mulut yang membawa kepada pergaduhan dan adegan tumbuk–menumbuk.

Akibat daripada perkelahian tersebut mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta mengalami kecederaan. Dia kemudiannya di bawa ke Hospital Melaka oleh rakannya untuk mendapatkan rawatan.

Punca Kematian Akibat Luka Tikaman Di Jantung

Namun, mangsa yang berusia 35 tahun disahkan meninggal dunia dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan oleh luka tikaman di jantung. Mangsa dipercayai ditikam oleh pengawal peribadi berkenaan.

Susulan daripada itu, tujuh suspek berusia antara 25 sehingga 38 tahun ditahan bagi siasatan. Polis turut merampas pisau dan batang besi yang digunakan dalam pergaduhan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Maut Ditikam Peniaga Food Truck Hanya Kerana Minta Makanan

Baca Artikel Berkaitan: Akibat Bercakap Terlalu Kuat & Bising, Lelaki Di Thailand Ditikam Individu Yang Tidak Dikenali

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

9 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

10 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

11 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

12 hours ago