Ibu Didakwa Lakukan Amang Seksual Pada 2 Anak Lelaki, Arah Rakam Video Pornografi Kanak-Kanak

Hari ini (15 Mei), seorang ibu didakwa di Mahkamah Sesyen Klang atas empat pertuduhan termasuk melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya pada November tahun lalu.

Bagaimanapun, ibu kepada lima anak itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Lakukan amang seksual ketika anak berusia 14 dan 12 tahun

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa melakukan amang seksual terhadap dua anak lelakinya yang ketika itu berusia 14 dan 12 tahun di sebuah unit pangsapuri di Alam Perdana, Puncak Alam kira-kira jam 8.00 malam, November 2022.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menghisap kemaluan kanak-kanak berusia 12 tahun bagi tujuan seksual.

Untuk pertuduhan kedua pula, wanita itu didakwa membuat perkara sama terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun, lapor Malaysia Gazette.

Bagi pertuduhan ketiga pula, dia yang juga seorang suri rumah didakwa menyuruh kanak-kanak berusia 14 tahun itu untuk memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan tertuduh bagi tujuan seksual.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 20 tahun dan hukuman sebat bagi setiap pertuduhan.

Mengaku tak bersalah arah rakam video lucah terhadap anak perempuan 15 tahun

Selain tiga pertuduhan itu, wanita itu juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengarahkan pembuatan video lucah terhadap anak perempuannya yang ketika itu berusia 15 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah hotel di Taman Sri Pristana, Sungai Buloh pada jam 2.00 pagi, Februari 2022.

Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun dan hukuman sebatan.

Mahkamah tidak benarkan sebarang jaminan

Semasa prosiding dijalankan, Timbalan Pendakwa Raya Nur Ayuni Jamri dan Nurul Izzati Mohamad tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dengan alasan mangsa adalah kanak-kanak selain mempunyai hubungan keluarga dengan wanita tersebut.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Jun depan.

Kenalan wanita turut didakwa sengaja amang seksual kanak-kanak perempuan

Dalam pada itu, seorang kenalan wanita berkenaan iaitu seorang penarik kereta berusia 22 didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Tertuduh, Haddad Radhi, didakwa melakukan kesalahan itu juga di sebuah hotel di Taman Sri Pristana, Sungai Buloh pada waktu dan hari yang sama iaitu sekitar jam 2 pagi, Februari 2022.

Dia dituduh mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Wanita ditahan polis lepas disyaki lakukan amang seksual terhadap anak lelakinya

Pada 4 Mei lalu, media melaporkan seorang wanita ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya yang berusia 14 tahun di Puncak Alam.

Selang beberapa hari kemudian iaitu pada 10 Mei, wanita terbabit ditahan sekali lagi untuk siasatan satu lagi kes sama di sekitar Sungai Buloh.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Sendiri Ketika Suami Dipenjara Ditahan Polis

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago