Wanita Kongsi Tips Sejukkan Rumah Tanpa Pendingin Hawa, Cara Paling Jimat & Mudah [Video]

Korang pasti tahu Malaysia ketika ini sendang alami cuaca yang panas melampau kan?

Tahap panas tu sampai yang duduk dekat rumah tak buat apa-apa pun boleh berpeluh sebab bahang panas.

Tips sejukkan rumah tanpa pendingin hawa

Lagi stress bila buka kipas sebab nak sejukkan badan tapi angin yang keluar tu angin panas, fuh dah lah rumah takda penyaman udara.

Sekarang jangan risau, jom kita sama-sama cuba tips untuk sejukkan rumah tanpa menggunakan pendingin hawa seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita ini menerusi laman TikTok miliknya.

Cara yang diajar sangat lah mudah okay!

Apa yang korang perlukan hanyalah bekas yang bersaiz agak besar seperti baldi atau timba dan juga air.

Ambil baldi atau timba kosong kemudian isikan air ke dalamnya, setelah itu letakkan bekas berisi air tadi ke kawasan rumah yang ingin disejukkan seperti dalam bilik, ruang tamu dan dapur.

Pastikan letak bekas yang dah berisi air tadi tu di kawasan yang selamat dan mudah nampak agar dapat dielakkan daripada terlanggar atau tertendang.

@pnnfam07

Tip viral terkini : Cara mudah sejukkan rumah di musim panas tanpa perlu guna aircond. Lepas dah letak bekas tu jangan lupa buka kipas ye. Semoga bermanfaat. #sharingbynfam #mentormak2 #tipviral #sejukkanrumah #aircond #sejukrumahtanpaaircond #musimpanas #elakstrokehaba

♬ Obituary – Alexandre Desplat

Setelah itu, anda hanya perlu tunggu untuk keadaan di ruang tersebut bertukar menjadi sejuk secara perlahan-lahan.

Keisitimewaan labu sayong yang ramai tak tahu

Perkongsian tips ini juga mengingatkan kami mengenai keistimewaan labu sayong yang ramai tidak ketahui.

Menurut satu kajian yang dikongsikan Dewan Budaya, labu sayong diketahui dapat mengekalkan kesejukan air di dalamnya.

Namun, antara keistimewaan lain labu sayong adalah ia dapat menurunkan suhu bilik supaya lebih sejuk dan selesa.

Hal ini terbukti melalui kajian yang telah dijalankan di Universiti Sains Malaysia.

Ada yang dakwa tips ini berkesan

Menjengah di ruangan komen, segelintir pengguna media sosial mendakwa tips yang dikongsikan ini sememangnya berkesan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago