fbpx
Now Reading
Ibu Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Sendiri Ketika Suami Dipenjara Ditahan Polis

Ibu Lakukan Amang Seksual Terhadap Anak Sendiri Ketika Suami Dipenjara Ditahan Polis

Wanita ini ditahan selepas pegawai Jabatan Kebajikan mendapat mengenai perbuatan itu menerusi hantaran video daripada seorang individu yang tidak dikenali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita umpama “haruan makanan anak” selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap anak lelakinya sendiri yang berusia 14 tahun.

Susulan dakwaan itu suspek yang berusia 33 tahun itu telah ditahan polis selama lima hari bermula rabu lalu (3 Mei) untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 5 Akta yang sama.

JKM buat laporan selepas terima video berpuatan suspek dari seseorang individu

Menurutnya, wanita itu ditahan di rumahnya di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor pada hari Selasa lalu (2 Mei) selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi hantaran video daripada seorang individu yang tidak dikenali.

“Sejurus laporan dibuat, polis menahan wanita itu dan merampas telefon bimbit yang digunakan untuk merakam video.

“Siasatan mendapati bahawa mangsa adalah anak ketiga daripada lima beradik dan kejadian itu berlaku di sebuah bilik di rumah suspek selain dipercayai video itu dirakam pada November tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Bernama TV di semalam (4 Mei).

Suami suspek sedang jalani hukuman penjara

Jelas Ramli lagi, siasatan awal pihaknya juga mendapati suami kepada wanita terbabit kini sedang menjalani hukuman penjara.

Namun dalam masa sama, hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia negatif dadah.

Ramli berkata, kesemua anak suspek yang berusia antara 9 hingga 17 tahun kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sebagai info, sesiapa sahaja yang mengetahui, atau mengesyaki, mana-mana kanak-kanak dalam bahaya atau berisiko untuk didera dan diabai perlu melaporkan kepada pihak berkaitan di talian di bawah:

  • Police hotline 999
  • Talian Nur 1599
  • Buddybear 1-800-18-2327
  • PS The Children +6016-7213065
  • WAO +6018-9888058
  • WCC Penang +6011-31084001

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.