Isu Guna Kalimah Allah: Keputusan Kerajaan Tarik Balik Rayuan Adalah Salah & Tersasar, Kata Hamzah

Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyatakan keputusan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka adalah salah dan tersasar sama sekali.

Menurutnya, jelas keputusan itu membuktikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sensitif terhadap isu kalimah Allah, sedangkan perkara itu boleh menjejaskan keharmonian rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Hamzah kesal, terkilan dan kecewa dengan keputusan kerajaan

Kata Hamzah, sebagai bekas Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab secara langsung dalam kes Jill Ireland Binti Lawrence Bill lawan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan, dia berasa sangat kesal, terkilan dan kecewa dengan keputusan kerajaan ini.

“Dalam Perlembagaan, apa juga keputusan perbicaraan boleh dirayu sehingga ke Mahkamah Persekutuan dan semua pihak perlu membenarkan proses undang-undang ini mengambil tempat dengan sewajarnya tanpa sebarang campur tangan.

“Biarlah mahkamah di peringkat tertinggi yang memutuskan dan selepas kesemua proses undang-undang itu sudah disempurnakan, kita wajib menghormati keputusan mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam (17 Mei).

kerajaan tidak benarkan proses perundangan dan kehakiman?

Menurutnya lagi, mengapa secara tiba-tiba kerajaan tidak mahu membenarkan proses perundangan dan kehakiman mengikut Perlembagaan itu mengambil tempatnya.

“Mengapa proses perundangan dan kehakiman itu dihalang dan mengapa Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) bertindak tanpa menunggu keputusan Mahkamah Rayuan terlebih dulu, sedangkan isu kalimah Allah ini amat sensitif.

“Tambah menyedihkan, bukan saja keputusan kontroversi itu dibuat senyap-senyap sehingga menimbulkan perdebatan motif sebenar kerajaan, bahkan Notis Pemberhentian bagi menyatakan niat untuk tidak meneruskan rayuan serta pemberhentian keseluruhan rayuan ini juga dibuat pada 18 April lalu, iaitu ketika Ramadan,” katanya.

Anwar Ibrahim cuai kerana tidak teliti keputusan mahkamah, kata Hamzah

Berkongsi lanjut, Hamzah berkata lebih mengelirukan apabila Perdana Menteri sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu hanya terpakai di Sarawak, yang jelas membuktikan beliau seorang cuai kerana tidak meneliti keputusan mahkamah.

“Saya katakan Perdana Menteri cuai kerana, rampasan lapan cakera padat ajaran Kristian yang mengandungi perkataan Allah pada 11 Mei 2008 itu berlaku di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang, bukannya di Sarawak dan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga ‘relif certiorari’, bukan hanya terhad kepada Sarawak.

“Anwar sendiri, bersama James Peter Ongkili dan Allahyarham Tun Ghafar Baba adalah anggota Kabinet yang terbabit dalam Jawatankuasa Mengkaji Istilah/Perkataan Islam Di Dalam Al-Kitab Yang Tidak Boleh Digunakan pada 1986.

“Sepatutnya beliau lebih faham sensitiviti serta mudarat lebih besar dengan tidak membuat kenyataan mengelirukan begitu,” katanya lagi.

Video

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

11 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

12 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

12 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

12 hours ago