Kerajaan Perak Wajibkan Pemasangan CCTV Di Taska, Mahu Elak Berlaku Kes Penderaan & Pengabaian

Sudah menjadi lumrah buat ibu bapa yang bekerja untuk menghantar anak kecil ke pusat jagaan seperti taska pada waktu pejabat.

Meskipun ia adalah pilihan yang dibuat oleh ibu bapa namun mereka juga bimbang dengan keselamatan anak-anak ekoran peningkatan kes penderaan dan pengabaian di taska seperti yang dilaporkan beberapa akhbar.

Malah mereka juga sering tertanya-tanya adakah anak mereka dijaga dengan baik setiap kali berada di dalam jagaan taska.

Kerajaan negeri Perak wajibkan pasang CCTV di semua taska

Terbaharu, kerajaan negeri Perak telah menguatkuasakan pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh taska di negeri itu.

Langkah ini diambil sebagai pencegahan dari berlaku perkara tidak diingini seperti kes penderaan mahupun pengabaian terhadap kanak-kanak.

Diwajibkan kepada taska yang berdaftar bawah JKM

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan negeri, Salbiah Mohamed memaklumkan langkah tersebut diwajibkan kepada seluruh Taska yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kecuali yang beroperasi di rumah.

“JKM sentiasa melaksanakan tindakan penguatkuasaan undang-undang melalui Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM terhadap mana-mana taska yang tidak berdaftar dan melanggar Akta dan Peraturan yang ditetapkan di mana taska berkenaan boleh diambil tindakan mahkamah sekiranya disabit dengan kesalahan.

“Mana-mana pengusaha yang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012, boleh diambil tindakan oleh JKM.

“Antara tindakan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap taska termasuklah arahan bertulis, tutup sementara, kompaun, pendakwaan, pembatalan perakuan dan sebagainya,” ujarnya, dipetik Astro Awani.

Menurutnya lagi, setakat ini di Perak sejumlah 225 taska telah berdaftar dengan JKM Negeri.

Recent Posts

  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

25 mins ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

49 mins ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

2 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

5 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Pemandu Warga Emas Langgar Lampu Merah Jadi Punca Kemalangan Motosikal & Kereta

Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…

6 hours ago