Ahli Parlimen Perikatan Nasional Cadang ‘Golongan Pelangi’ Dikategorikan Sebagai Pesakit Mental [Video]

Ahli Parlimen Perikatan Nasional, Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) hari ini (23 Mei) mencadangkan agar kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender atau lebih dikenali sebagai LGBT dikategorikan sebagai pesakit mental.

Beliau mencadangkan perkara itu ketika mencelah perbahasan oleh Dr. Halimah Ali (PN-Kapar) sewaktu pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kesihatan Mental (Pindaan 2023) di Dewan Rakyat.

“Adakah (Ahli Parlimen) Kapar setuju bahawa golongan LGBT juga dicadang dimasukkan dalam masalah kesihatan mental?,” ujar beliau.

Cadangan itu kemudiannya dipersetujui oleh Dr. Halimah dan menganggap ia termasuk dalam rangka perbahasan RUU berkenaan.

“Terima kasih, kiranya masuk jugalah (LGBT) dalam ucapan saya,” kata Dr. Halimah.

Video: Youtube Harian Metro

Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kesihatan Mental (Pindaan 2023)

Ini merupakan bacaan kali kedua setelah bacaan kali pertama untuk meminda RUU berkenaan dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. 

Pindaan RUU itu bakal membenarkan pegawai intervensi krisis menangkap mana-mana individu yang cuba membunuh diri.

Pegawai, dengan segera perlu membawa individu di bawah subseksyen (1) yang ditangkapnya kepada pegawai perubatan di hospital psikiatri kerajaan atau pegamal perubatan berdaftar di hospital psikiatri swasta yang diwarta untuk pemeriksaan.

Dengan pindaan RUU ini juga, pegawai intervensi krisis dibenarkan menjalankan kuasa di bawah subseksyen (2) untuk memecah atau membuka mana-mana pintu atau tingkap luar atau dalam mana-mana premis dan masuk ke dalam, atau selain masuk secara paksa ke dalam premis dan mana-mana bahagian premis itu atau memindahkan secara paksa apa-apa halangan kepada laluan masuk itu.

Kerajaan Perlu Tangani Masalah Kesihatan Mental

Dalam pada itu, Dr. Halimah berkata, kerajaan perlu menangani masalah kesihatan mental kerana masalah ini antara isu yang besar dalam negara.

“Ini adalah peratusan yang besar dan saya bersetuju supaya bukan sahaja Kementerian Kesihatan tetapi semua kementerian perlu duduk bersama-sama mengatasi secara tuntas untuk mengatasi masalah kepada mereka yang celaru mental ini sehingga sanggup untuk membunuh diri,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Membimbangkan!’ – 424,000 Kanak-Kanak Berdepan Dengan Isu Kesihatan Mental

Baca Artikel Berkaitan: Ini Kesan Suami Curang Pada Mental Isteri, Geng Layan ‘Penyondol’ Wajib Tahu [Video]

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago